nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor bakal miliki balai cerap termoden di Asia Tenggara

13 APRIL: Johor bakal membina balai cerap termoden di Asia Tenggara dikenali sebagai Pusat Astronomi Baitul Hilal.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanti berkata, perkara itu sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Katanya, kos pembinaan Pusat Astronomi Baitul Hilal bakal dibina di Pontian itu dijangka membabitkan kos RM15 juta.

“Dalam meninggikan syiar Islam, di negeri ini terdapat balai cerap bagi melihat anak bulan, justeru, ada kewajaran Johor mempunyai satu balai cerap moden, iaitu Pusat Astronomi Baitul Hilal.

“Kertas kerja dalam jawatankuasa pembinaan pertama akan dibentangkan pada minggu hadapan dan kita harap dapat membinanya bermula awal tahun hadapan.

“Pembinaan Pusat Astronomi Baitul Hilal ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dengan kerjasama JAINJ di Yayasan Warisan Johor di Johor Bahru, semalam.

Tosrin berkata, Pusat Astronomi Baitul Hilal itu juga sebagai lambang berkembang syiar Islam di Johor.

Katanya, selain melihat anak bulan sebelum menjelang Ramadan, pusat itu akan berperanan sebagai bahan rujukan pelajar bagi mengkaji astronomi dan pusat sains cakerawala.

“Saya percaya pusat ini akan menjadi tarikan destinasi pelancongan baharu di Johor, seiring dengan lokasi Tanjung Piai yang dikenali sebagai Penghujung Selatan Benua Asia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.