nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kesan dua lagi kes jangkitan COVID-19 varian UK

15 APRIL : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua lagi kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes bagi varian UK B.1.1.7 adalah sebanyak lima kes sehingga 15 April 2021.

Beliau berkata dua (2) kes terbaru iaitu kes keempat dan kelima adalah merupakan pengembara warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Poland pada bulan April 2020.

“Kedua-dua pengembara tersebut didapati positif pada 30 Mac 2021 dan telah diberikan rawatan selanjutnya.

“Analisis filogenetik pula menunjukkan kes keempat yang dijangkiti dengan varian UK B.1.1.7 mempunyai persamaan ketara dengan varian dari negara Poland dan mempunyai kebarangkalian tinggi bahawa kes tersebut mendapat jangkitan ketika berada di negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata punca jangkitan bagi kes kelima pula tidak dapat ditentukan kerana analisis menunjukkan perbezaan bagi varian yang menjangkiti kes tersebut.

Beliau berkata ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua kes ini mendapat jangkitan melalui sumber yang berlainan.

“Adalah diingatkan bahawa varian UK B.1.1.7 dan varian South African B.1.351 yang telah dikesan di Malaysia boleh menular dengan mudah dan cepat walaupun banyak kajian saintifik masih berjalan untuk mengkaji gejala dan kesan jangkitan varian-varian ini.

“Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,” katanya.

Beliau berkata KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi di negara ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.