nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azhar sah letak jawatan Pengerusi SPR

9 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun meletak jawatan yang berkuat kuasa pada 29 Jun lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom akan menjalankan tugas Pengerusi sehingga pelantikan yang baharu dilakukan.

Menurut suruhanjaya itu, Azmi akan menjalankan tugas itu sehingga pelantikan Pengerusi SPR baharu, selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR memaklumkan bahawa Datuk Azhar Azizan Harun telah meletak jawatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa pada 29 Jun lalu.

“Peletakan jawatan ini sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook SPR, hari ini.

Sehubungan dengan itu, SPR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azhar atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi SPR.

Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.

Berhubung spekulasi peletakan jawatan di SPR itu, beberapa media sebelum ini melaporkan bahawa Azhar ditawarkan untuk memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengemukakan usul bagi menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya, Nga Kor Ming, pada 26 Jun lalu, dan dijangka membentangkannya pada sidang Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 13 Julai ini.

Bagaimanapun, seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kekal menyandang jawatan itu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.