nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan AS gantung 44 penerbangan ke China tidak munasabah-Duta China

22 JAN : Ekoran tindakan China menggantung penerbangan syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan COVID-19, kerajaan AS dilihat membalas balik apabila menggantung 44 penerbangan ke China dari negara itu oleh empat syarikat penerbangan China.

Penggantungan itu akan bermula 30 Januari ini dengan penerbangan Xiamen Airlines dari Los Angeles ke Xiamen yang dijadualkan pada hari itu dan akan berkuat kuasa hingga 29 Mac, menurut Jabatan Pengangkutan.

Keputusan itu membabitkan syarikat penerbangan Xiamen, Air China, China Southern Airlines dan China Eastern Airlines.

Sejak 31 Disember, pihak berkuasa China menggantung 20 penerbangan United Airlines, 10 American Airlines dan 14 Delta Air Lines, selepas beberapa penumpang disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, menyifatkan langkah AS itu “sangat tidak munasabah” dan menggesa pihak AS berhenti mengganggu dan menyekat penerbangan penumpang biasa oleh syarikat penerbangan China.

Airlines for America, sebuah kumpulan perdagangan yang mewakili tiga syarikat penerbangan AS yang terjejas dengan langkah China bersama-sama dengan yang lain, berkata ia menyokong tindakan Washington untuk memastikan layanan adil terhadap syarikat penerbangan AS di pasaran China.

Jabatan itu berkata ia bersedia menyemak semula tindakannya jika China menyemak semula dasarnya untuk membawa keadaan yang perlu diperbaiki bagi syarikat penerbangan AS dan memberi amaran jika China membatalkan lebih banyak penerbangan.

China menutup sempadannya kepada pengembara, mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa kepada hanya 200 seminggu, atau dua peratus daripada tahap prapandemik, kata Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September.

Bilangan penerbangan AS yang dibatalkan meningkat sejak Disember, kerana jangkitan disebabkan varian Omicron yang sangat menular yang menyumbang lonjakan kes kepada rekod tertinggi di AS.

Persaingan antara Beijing dan Washington dalam perkhidmatan udara berlaku sejak pandemik bermula. Pada Ogos, Jabatan Pengangkutan AS mengehadkan empat penerbangan daripada syarikat penerbangan China kepada 40 peratus kapasiti penumpang selama empat minggu selepas Beijing mengenakan had yang sama pada empat penerbangan United Airlines.

Sebelum pembatalan baru-baru ini, tiga syarikat penerbangan AS dan empat syarikat penerbangan China mengendalikan kira-kira 20 penerbangan seminggu antara negara, jauh di bawah angka lebih 100 seminggu sebelum wabak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.