nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

50 penduduk Taman Sri Muda saman kerajaan

28 JUN: Seramai 50 penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam memfailkan saman terhadap beberapa agensi Kerajaan Pusat dan negeri susulan bencana banjir buruk menimpa mereka pada Disember tahun lalu.

Tindakan tersebut atas alasan kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab pihak-pihak berkenaan ketika bencana itu berlaku.

Mereka menamakan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri; Menteri Alam Sekitar dan Air, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia); Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA); KDEB Waste Management Sdn Bhd; Tenaga Nasional Berhad (TNB); kerajaan Selangor dan Malaysia sebagai defendan.

Dalam saman yang difailkan oleh firma guaman Tanes, Khoo & Paulraj di Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu, plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3.8 juta daripada defendan.

Jumlah berkenaan tidak termasuk ganti rugi am, ganti rugi teruk dan lain-lain kos.

Dalam penyataan tuntutan, plaintif menyatakan beberapa tuntutan terhadap defendan antaranya deklarasi NADMA telah gagal melaksanakan pengurusan bencana alam dengan berkesan.

Menurut mereka, MetMalaysia pula gagal mengemas kini secara efektif dan tepat mengenai cuaca semasa yang melanda Taman Sri Muda sehingga mengakibatkan banjir; gagal dalam proses penyediaan laporan, analisis, membuat keputusan dan pengurusan data untuk memastikan penyaluran maklumat yang cepat dan tepat kepada agensi-agensi respons.

Katanya lagi, JPS secara salah membenarkan sistem perparitan Taman Sri Muda menjadi terlebih muatan; gagal memastikan pematuhan syarat-syarat pengurusan air ribut sebelum memberikan kelulusan untuk projek pembangunan baharu di dalam atau sekitar kawasan itu; dan gagal membaiki serta menggantikan pam air yang rosak yang dipasang untuk memintas pintu pasang surut dan menolak air masuk ke dalam sungai Klang.

Menurut plaintif, MBSA pula gagal memastikan pembinaan saliran yang betul di Taman Sri Muda; gagal mengambil kira pertimbangan perancangan yang sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pertimbangan pengurusan air ribut dan pematuhan serta pertimbangan kapasiti saliran, sebelum meluluskan projek pembangunan dan gagal melaksanakan perlindungan secara proaktif dan bukannya reaktif berhubung Taman Sri Muda, yang terkenal dengan kerentanannya terhadap banjir.

Plaintif berkata, KDEB Waste Management telah gagal membersihkan saliran Taman Sri Muda secara berkala dan gagal melaksanakan pelan tindakan untuk pembersihan sampah tersebut sekiranya berlaku banjir.

Menurut plaintif, TNB gagal melaksanakan pengganti secara manual atau hidraulik untuk pintu air dan gagal menyediakan penjana mudah alih di tempat kejadian untuk mengambil kira sebarang isu yang berpotensi dengan bekalan kuasa.

Peguam V Vemal Arasan memaklumkan, pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 25 Julai depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.