nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tumpu hapus kemiskinan di Kelantan, Tok Bali pusat pertumbuhan baharu

23 JULAI: Kerajaan akan terus memberi perhatian dalam mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan, dengan memperuntukkan RM124 juta kepada hampir 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), meliputi golongan isi rumah, bujang dan warga emas yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan juga memberikan bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

“BKM adalah bantuan tunai tertinggi dalam sejarah, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM8.2 bilion.

“Sementara itu, kaedah menangani miskin tegar dengan kaedah baru secara holistik membabitkan semua kementerian, agensi, swasta, universiti, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan sedang dilaksanakan oleh kerajaan

“Program Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) sedang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di Kota Bharu, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan ekonomi di Kelantan berkembang sepenuhnya, Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu menerusi insentif cukai khas serta projek berimpak tinggi.

Jelasnya, ia dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) iaitu Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi pelabuhan Tok Bali.

Tambahnya, usaha berkenaan dapat menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion dan dijangka menjana sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baharu dan 270 peluang keusahawanan untuk penduduk tempatan.

“Kerajaan juga akan membina sebuah kompleks digital pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan, melibatkan kos RM6 juta, di kawasan seluas 23 hektar di Ketereh.

“Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang 191 kilometer dengan kos RM7.7 bilion, antara Gua Musang hingga Kuala Krai, dijangka siap pada tahun 2026 akan memudahkan perjalanan rakyat serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam bidang kesihatan pula, katanya sebanyak 12 projek pembinaan klinik kesihatan serta kuarters dijangka siap dibina pada tahun ini, manakala dua lagi projek dalam pembinaan iaitu di Gua Musang dan hospital Bachok yang merangkumi 76 buah katil, dijangka siap tahun hadapan.

Menurutnya, pembinaan Jambatan Palekbang di Tumpat juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan baharu yang dijangka siap pada tahun 2025.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion melibatkan 88 projek merangkumi 64 projek sambungan dan 24 projek baharu di negeri ini.

“Kelantan juga akan memperoleh manfaat daripada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan
menghubungkan Kota Baharu ke Pelabuhan Klang melibatkan jaringan kawasan 43.86km dan mempunyai dua stesen iaitu stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dan stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu.

“Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti penumpang daripada 1.5 juta kepada 4 juta setahun dan dijangka siap tahun 2025,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.