nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOP tukar anak kapal diperketat

27 JULAI: Kerajaan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi proses pertukaran anak kapal (sign on dan sign off) mulai hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi anak kapal yang hendak menjalani proses sign on, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia.

Menurut beliau, sekiranya didapati positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan manakala bagi yang negatif pula, mereka akan dikuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin dan perlu menjalani ujian saringan kali kedua pada hari ke-13.

“Jika negatif, mereka akan dibenarkan untuk menjalani proses sign on di pelabuhan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri menambah, bagi proses sign off pula, anak kapal perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di pelabuhan dan sekiranya positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, jika anak kapal terbabit didapati negatif, mereka perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin dan disaring kali kedua pada hari ke -13.

“Sekiranya negatif, mereka akan dibenarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke negara masing-masing.

“Kos kuarantin wajib 14 hari termasuk kos ujian saringan perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan anak kapal,” jelasnya.

Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak, Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri Sarawak telah mengambil langkah yang tegas dan proaktif untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Sarawak, khususnya di Kuching.

Beliau menyatakan, kerajaan Pusat telah meluluskan permohonan kerajaan negeri Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon di Sarawak dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020.

Zon 1 (zon kuning atau merah) merangkumi Kuching, Serian dan Samarahan manakala Zon 2 (zon hijau) meliputi Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan.

“Jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak akan dikurangkan mulai 1 sehingga 14 Ogos,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri menegaskan, PDRM akan mengambil tindakan untuk menangkap dan mendakwa di mahkamah seramai 2,897 individu yang belum tampil untuk ujian saringan kedua COVID-19 mulai hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin wajib di rumah yang telah menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

“Pegawai Kementerian Kesihatan bersama anggota PDRM akan membuat pemeriksaan untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan, PDRM telah menahan 357 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu, seramai 32 individu telah direman manakala 2 individu dijamin. 323 individu lagi dikenakan kompaun.

“Kesemua 357 telah diambil tindakan kerana terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan apa-apa aktiviti yang melanggar SOP,” ujarnya.

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata, PDRM berjaya menahan empat warga asing dalam 57 sekatan jalan raya yang melibatkan pemeriksaan 27,698 kenderaan di seluruh negara semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.