nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

110 Ketua Wanita UMNO nyatakan sokongan kepada Ahmad Zahid

1 DIS : Sokongan demi sokongan terus dinyatakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menerajui UMNO.

Terbaharu, lebih 110 ketua Wanita UMNO hari ini menyatakan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi unthk terus menerajui parti dan memberi kepercayaan kepadanya untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu memandang ke depan dan bukan meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

“Sebaliknya, kita harus ambil iktibar dan pelajaran serta jadikan ia sebagai titik permulaan untuk UMNO dan BN mengorak langkah bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat.

“UMNO dan BN perlu memandang ke depan demi kelangsungan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu  kenyataan selepas majlis taklimat isu semasa Wanita Umno serta sokongan kepada Ahmad Zahid di Menara Dato Onn.

Noraini menyeru seluruh ahli UMNO memberi kepercayaan, keyakinan dan bersolidariti dengan Zahid.

“Keputusan PRU15 adalah isyarat jelas daripada rakyat yang harus diinsafi dan dihormati ahli Umno dan BN. Kita perlu akur menerima dan menghormati mandat yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani, yang mengkritik Ahmad Zahid sebelum ini akur keputusan parti untuk bersama dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, Ahmad Zahid berhak menentukan hala tuju UMNO sama ada membentuk kerajaan gabungan dan sebagainya.

“Pucuk pimpinan lebih arif dalam soal ini dan sudah tentu sebagai pucuk pimpinan dia memikirkan soal ‘survival’ parti untuk masa mendatang. Saya rasa langkah Presiden (Zahid) sertai kerajaan perpaduan bijak supaya UMNO boleh bangkit kembali,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.