nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan jadikan Parlimen sarkas, PM tegur ahli Parlimen

20 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur semua ahli Parlimen agar menjaga tatasusila sepanjang bersidang di Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, tingkah laku keterlaluan yang dipamerkan itu akan ditertawakan oleh rakyat yang menonton dan melihat Dewan Rakyat sebagai sebuah sarkas.

“Seperti yang kita lihat gelagat berlaku semalam. Kalau dari pihak kerajaan, saya ingin memberi jaminan…timbalan perdana menteri II sebagai ketua whip sudah pun diminta untuk memaklumkan kepada ahli-ahli yang berhormat untuk menjaga susila dewan ini dan apa pun perkembangan tidak melanggar batas adab dan susila serta menghormati peraturan dewan.

“Saya harap hal yang sama juga akan dilakukan Ketua Pembangkang dan ketua Whip Perikatan Nasional. Ini kerana kita tahu sidang Parlimen ini ditonton.

“Kita boleh berbeza pendapat, boleh bertengkar tetapi harus jaga kemuliaan dewan ini dan tidak keterlaluan kerana ini akan diketawakan oleh rakyat dan melihat seluruh dewan ini menjadi gelanggang seperti mana yang disebut dalam sosial media…sarkas,” katanya ketika memulakan pembentangan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul untuk mengambil tindakan kepada mana-mana ahli yang ingkar termasuk dari blok kerajaan.

Dalam sesi sama, beliau turut menyetuh soal ucapan pedas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika membahaskan usul undi percaya terhadapnya semalam.

“Saya hargai teguran yang disampaikan. Walaupun kadang-kadang bunyinya pedas tapi saya duduk dan dengar seluruh pandangan dan teguran yang disampaikan sama ada rakan-rakan di sebelah sini atau di sebelah sana.

“Cuma ada kadang-kadang menurut Shakespeare “a tale told by an idiot, full of sound and fury, signifiying nothing’.

” Jadi kita kena sabar kerana tidak semua kenyataan-kenyataan itu bertanggungjawab.

“Saya bagi contoh umpamanya Ketua Pembangkang, Larut yang bekerja hampir 25 tahun mencerca, memfitnah, konspirasi, menyerang peribadi, menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara yang lebih licik.

“Saya tak akan ulas mengenai itu Datuk Yang Dipertua, tentunya dia belum dapat tarbiah daripada Marang yang pernah menulis tentang Qhazaf. Saya syorkan buku itu dibaca oleh Ketua Pembangkang,” katanya.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.