nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gesa dana projek rumah generasi kedua ditambah

12 OGOS: Felda memerlukan suntikan dana lebih daripada RM180 juta untuk membolehkan pembinaan rumah generasi kedua yang kini tergendala dapat diteruskan.

Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, justeru kerajaan diharapkan dapat menaikkan lagi dana sehingga RM500 juta bagi membantu menyediakan rumah kepada golongan berkenaan.

Shahidan Kassim

“Kalau nak masukkan RM180 juta saya tak setuju kerana terlampau kecil. Mereka (generasi kedua) bukan semakin berkurangan tetapi bertambah dan tidak sewajarnya jika rumah ini dibina jauh dari kawasan pertumbuhan.

“Seperti perumahan Prima yang memberi tumpuan kepada golongan pertengahan di kawasan pinggir bandar yang akan dapat tambah nilai. Kalau (lokasi perumahan generasi kedua) jauh, tiada nilai tana h rumah.

“Maka perlu dibina di kawasan strategik atau perancangan masa akan datang ia dibuka di kawasan bandar baharu. Kita menyokong peruntukan ini ditamah kepada RM500 juta,”katanya yang membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen BN Jempol, Datuk Salim Sharif meminta penjelasan daripada pihak kementerian bagi menyatakan harga sebenar Perumahan Generasi Kedua Felda (PGBF) sama ada mengekalkan RM90,000 seunit atau merendahkannya lagi.

Beliau turut memberi cadangan supaya kerajaan melakukan kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri agar dapat menjimatkan masa di samping boleh menjimatkan kos.

“Banyak cara, kita kerjasama dengan GLC syarikat-syarikat negeri supaya tanah ini kita serah pada generasi kedua yang boleh dilakukan oleh generasi itu sendiri. Konsep harga RM63,000, RM83,000 boleh dilakukan mengikut kemampuan yang mereka ada dengan bayaran minimum,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa memberitahu bahawa setakat ini hanya 8314 unit yang berjaya disiapkan.

“Sedia maklum tahun 2013 kita umumkan 20,000 unit rumah generasi kedua ini dengan jumlah RM1.5 bilion tetapi cuma 8,314 unit dan 38 tapak. Isu utama modulnya tidak lestari, kos RM198,000 dijual pada RM90,000 jadi bagi setiap rumah kerajaan tanggung subsidi sebanyak RM100,000.

“Antara sebab tak lancar kerana libatkan susidi besar. Ada dua sumber subsidi iaitu kerajaan pusat dan Felda. Jadi, itu adalah secara umumnya yang dah siap 2,058 sahaja daripada 8,314 dengan 10 tapak dan lagi 18 tapak kurang 70 peratus dan RM250 juta ringgit diperlukan dalam kertas putih,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.