nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hukuman pemandu mabuk perlu lebih ketat, bela nasib keluarga mangsa

4 MEI: Hukuman kepada pemandu mabuk perlu lebih diperketat bagi membela nasib keluarga mangsa.

Perkara ini ditegaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bertujuan bagi memberi kesedaran kepada pihak yang cuai supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Dah sampai masa kita perlu fikirkan hukuman mandatori sebab hukuman yang ada sekarang ini ringan. Ini bukan perkara baru sebab China dan Singapura mengenakan hukuman lebih berat dan ketat. Saya dah arahkan JPJ untuk mengkaji dengan data yang ada pada MIROS.

“Kesemua ini akan kita lakukan dalam tempoh terdekat. Kalau perlu buat pindaan terhadap Akta 1977, kita akan buat sebaiknya. Insiden yang menyedihkan ini sudah sampai masa untuk diberi pembelaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian yang menimpa seorang anggota polis awal pagi Ahad yang dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, disyaki dipandu oleh individu mabuk.

Ketika ini, hukuman maksimum yang dikenakan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian hanya denda RM10, 000 atau penjara 12 bulan.

Sementara di negara lain, hukuman lebih ketat dikenakan termasuklah menggantung lesen pemandu bagi tempoh yang lama.

Bagaimanapun mengenai pindaan undang-undang, jelas Ka Siong lagi ia perlu dibincangkan secara teliti dan dibahaskan di parlimen untuk diluluskan.

“Perkara ini perlu diperhalusi dari semua sudut dan perlu berbincang dengan Jabatan Peguam Negara. Sebarang penggubalan pindaan undang-undang perlu ditelitii dan akan dibawa ke parlimen untuk bahas dan diluluskan RUU itu.

“Apabila ia telah ditetapkan, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman itu secara terus kepada pesalah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ka Siong turut berkata sepatutnya kes memandu dalam keadaan mabuk tidak berlaku kerana Malaysia mempunyai lebih 120 ribu pengangkutan e-hailing.

“Di Malaysia tak ada sebab seseorang perlu memandu lepas mabuk sebab kita dah ada e-hailing. Jumlah pemandu ada 120 ribu. Barang siapa kalau nak minum dan kalau dah mabuk, patutnya mereka gunakan perkhidmatan ini,” ujarnya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin turut berkata kerajaan akan menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan itu dijauhkan hukuman lebih berat.

Ini kerana undang-undang berkaitan pemandu mabuk sedia ada sudah berusia 15 tahun selepas pindaan terakhir pada tahun 2005. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.