nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keengganan buka semula ekonomi bercanggah dasar kerajaan

Bermula hari ini, syarikat-syarikat dari hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi susulan keputusan Jemaah Menteri pada 29 April 2020.

Walau bagaimanapun, Kerajaan menyedari bahawa beberapa Kerajaan Negeri tidak mahu bekerjasama untuk melaksanakan keputusan tersebut.

Keputusan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab serta didokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad.

Hasil kajian ini telah dibentangkan untuk perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April 2020.

Berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat ini, Kerajaan-Kerajaan Negeri menyedari bahawa sekiranya PKP yang sedia ada dilanjutkan sehingga Jun 2020, kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan sebanyak RM146 billion atau kekurangan sebanyak 10.3% KDNK.

Keadaan ini akan menghapuskan kemajuan ekonomi yang telah dicapai sepanjang empat tahun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat ini telah bersetuju untuk membuka semula sektorsektor ekonomi dalam tempoh PKPB bermula 4 Mei 2020.

Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan keputusan ini, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan Prosidur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif dan ketat untuk digunapakai oleh semua pihak dan SOP ini akan dibekalkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri.

Untuk tujuan penjelasan, SOP ini telahpun diserahkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 2 Mei 2020, iaitu sebelum tarikh penguatkuasaan PKPB.

2 Dakwaan bahawa Kerajaan memulakan semula (restart) ekonomi dalam keadaan tergesa-gesa adalah tidak benar dan tidak berasas.

Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah pembukaan ekonomi secara berperingkat mulai 18 Mac hingga 28 April di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1 hingga 3 dengan pematuhan syarat-syarat kesihatan.

Tindakan yang teliti dan berhati-hati telah menunjukkan hasil yang baik khususnya dalam aspek penambahbaikan sektor ekonomi yang dibuka dan pada masa yang sama, tidak menjejaskan usaha Kerajaan dalam membendung penularan COVID-19.

Kerajaan telah melaksanakan PKP selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal dengan berkesan.

Pelaksanaan PKP ini melibatkan seluruh negara termasuk di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Keputusan ini mengambil kira kepentingan dan keutamaan kesihatan serta kesejahteraan rakyat dan memastikan keperluan menjana semula ekonomi.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa keputusan Kerajaan untuk memulakan semula ekonomi adalah berdasarkan tanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggariskan enam kriteria utama iaitu kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan kebiasaan baharu (new normal) dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Inisiatif Kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia.

Sistem penjagaan kesihatan negara mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk melaksanakan usaha-usaha melindungi kesihatan rakyat dan membendung penularan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, Kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa buah Kerajaan Negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan ini.

Tindakan Kerajaan- 3 Kerajaan Negeri yang berkenaan adalah tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan, lebih-lebih lagi memandangkan dasar Kerajaan Persekutuan tersebut telah pun dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara.

Dalam hal ini, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 342 adalah undangundang khusus bagi tujuan mencegah dan mengawal penularan COVID-19.

Oleh itu, ia mengatasi (prevail) peruntukan undang-undang bertulis yang lain berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Peraturan bagi PKPB yang berkuatkuasa pada hari ini antara lain menyenaraikan aktiviti yang dilarang untuk dilakukan oleh mana-mana pihak sepanjang tempoh PKPB.

Perlu dijelaskan di sini bahawa hanya aktiviti yang dilarang sahaja merupakan satu kesalahan manakala selain daripada aktiviti tersebut, adalah dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPB.

Sehubungan ini, PKPB adalah berbeza dengan PKP Tahap 1, 2, 3 dan 4 sebelum ini memandangkan di bawah PKPB terdapat kelonggaran diberikan dalam pelaksanaannya bagi maksud membolehkan hampir semua sektor ekonomi mula beroperasi semula dalam keadaan terkawal dan berhati-hati.

Kerajaan telah mengambil langkah dengan mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama dengan pemegang taruh sektor-sektor ekonomi khususnya persatuan-persatuan industri, dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa serta pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana bagi mengenalpasti impak kepada kelangsungan perniagaan, rantaian bekalan dan pekerjaan.

Justeru, keputusan Kerajaan bagi membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi untuk memulihkan dan merangsang semula ekonomi dijangka memberi impak yang 4 positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara, bukan sahaja di peringkat Persekutuan malahan juga bagi peringkat negeri.

Kerajaan juga mengambil maklum kenyataan media beberapa pertubuhan industri termasuk Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mana-mana syarikat untuk memulakan operasi bermula 4 Mei 2020.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Akta 342 yang telah dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara, Kerajaan-Kerajaan Negeri berkenaan mungkin terdedah kepada tindakan undangundang daripada pelbagai pihak, khususnya dari pihak industri.

Perlu ditegaskan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan adalah sah dari segi undang-undang. Akta 342 telah digubal dan dikuatkuasakan mulai 1 April 1989 berikutan persetujuan Negeri-Negeri pada masa itu termasuklah Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan satu undang-undang yang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Malaysia dan berkuat kuasa di seluruh negara.

Sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri adalah diminta untuk bekerjasama dalam melaksanakan keputusan Kerajaan Persekutuan supaya negara dapat menjana semula keupayaan ekonomi.

Kerajaan yakin kita mampu memerangi pandemik Covid-19 ini dengan jayanya sebagai satu pasukan.

Kita telah berganding bahu dalam melaksanakan PKP demi membendung penularan wabak Covid-19.

Sekarang ini, kita perlu terus bersatu serta memperkukuhkan kerjasama demi kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri

Isnin, 4 Mei 2020

Get real time updates directly on you device, subscribe now.