nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

India dijangka import semula minyak sawit Malaysia

6 MEI: India dilihat tidak mempunyai banyak pilihan dan dijangka kembali semula mengimport minyak sawit dari Malaysia, terutama sekiranya situasi pandemik Covid-19 di Indonesia semakin memburuk.

Ia juga berkemungkinan jika negara itu mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara pada masa ini.

“Negara itu (India) dijangka meningkatkan pembelian pada bulan-bulan akan datang kerana penghantaran dilaporkan menurun,” kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam laporan tinjauan suku kedua minyak sawitnya di negara-negara Asia Selatan.

Bagaimanapun, keadaan sekatan pergerakan ketika ini akan menjadi faktor penentu sama ada kuantiti import yang diperlukan boleh dicapai atau terus menambah kepada keadaan kegawatan sekarang, kata majlis itu.

Di India, jumlah import minyak dan lemak diunjurkan sebanyak 1.0 hingga 1.2 juta tan metrik sebulan, yang mana bahagian minyak sawit adalah pada 50 peratus.

MPOC berkata, Saurashtra Oil Mills Association (SOMA), pertubuhan pekilang minyak kacang tanah terbesar juga menggesa kerajaan India menarik balik sekatan ke atas import minyak sawit ditapis bagi menampung kekurangan besar dalam pasaran minyak boleh dimakan domestik berikutan sekatan pergerakan.

“Ia berkata harga domestik minyak boleh dimakan di negara itu dijangka melonjak pada bulan-bulan akan datang sekiranya tiada kelonggaran import minyak sawit ke negara itu,” kata MPOC.

Malaysia ketika ini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebahagian, namun industri minyak sawit terus beroperasi berikutan kepentingannya kepada ekonomi negara.

Sektor perladangan dibenarkan menyambung semula operasi mereka di samping kilang penapis dan pengeluar minyak masak.

Bagaimanapun, Malaysia tidak boleh berharap mencapai bahagian pasaran import minyak sawit yang sama dalam keadaan sekarang berbanding 45 peratus bahagian pasaran tahun lalu.

Unjuran bagi bahagian minyak sawit Malaysia adalah kira-kira 25 peratus, yang mana hampir dengan bahagian pasaran yang diraih pada 2018.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.