nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS gesa gantung semua lesen berkaitan perniagaan arak

26 MEI: PAS menggesa kerajaan supaya menggantung semua pengeluaran, perniagaan dan penjualan arak sehingga semua langkah baru dapat diambil untuk menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk.

Berikutan itu, Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad berkata kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk bertindak segera dalam menangani kes ini.

“Nyawa orang awam adalah satu keutamaan yang harus difikirkan oleh kerajaan secara serius kerana hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya.

“Menurut langkah ini, PAS meminta Jabatan Kastam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia di tempat kesepuluh di dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia.

Menurut statistik rakyat malaysia membelanjakan lebih dari RM2.0 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada tahun 2016.

Ini bermakna pengambilan bir di Malaysia berada pada tahap membimbangkan.

“Tragedi pemandu mabuk bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Kesalahan ini berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguakuasaan, selain dari sifat pentingkan diri dan degil pemabuk.

“Lebih malang menjadi seorang pembunuh bila mana telah menggadaikan jiwa yang tidak bersalah.

“Oleh itu, PAS memandang serius kes kemalangan mati membabitkan pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini,” ujarnya lagi.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk bertugas syif malam di Jalan Pintasan Kuantan.

Kejadian berlaku di Kuantan apabila pemandu kereta jenis Toyota C-HR yang datang dari arah Semambu memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.

Kemalangan sebelum ini juga menyebabkan seorang anggota polis maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, dipandu oleh individu mabuk.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hukuman tersebut terlalu ringan dan ia perlu dipinda kerana hukuman maksimum yang dikenakan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian adalah denda RM10,000 atau penjara 12 bulan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.