nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid harap rakyat terjemah penyatuan ummah di peti undi

31 OKT : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang bermula hari ini akan berlangsung dalam suasana tenang.

Beliau berkata, semua jentera yang bertanding perlu menghormati hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh supaya kempen pilihan raya kali ini tidak dicemari perkara negatif termasuk fitnah dan memburukkan lawan.

Katanya, perkara itu turut mendapat persetujuan Pakatan Harapan (PH) dan beliau berharap semua pihak berpegang kepada komitmen berkenaan sepanjang tempoh berkempen.

“Yang keduanya saya lihat bahawa kempen di Melaka ini dijangkakan agak tenang dan kita mahu supaya apa yang telah dihasratkan oleh Datuk Rauf supaya tidak ada kempen fitnah ataupun mencacat-celakan kempen-kempen dengan pelbagai kaedah yang tidak baik.

“Itu juga diperakukan oleh PH, saya harap mereka akan benar-benar melakukan perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRN Melaka ketika mengiringi Ab Rauf yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, hari ini.

Mengulas peluang BN dalam pilihan raya kali ini, Ahmad Zahid berharap rakyat Melaka dapat menterjemahkan penyatuan ummah melalui sokongan di peti undi bagi membolehkan BN membentuk kerajaan negeri bersama rakan strategiknya, Perikatan Nasional (PN).

“Kita serahkan mandat ini semula kepada rakyat dan rakyat telah menetapkan di hati dan minda mereka untuk bersama-sama dengan kita.

“Saya harap ini benar-benar akan dapat diterjemahkan dan kita harap selepas ini kita akan dapat membentuk Kerajaan Barisan Nasional bersama-sama dengan rakan strategik kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata beliau akan mencadangkan supaya Ab Rauf terus diberikan kepercayaan menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa dan perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

“Dengan tidak mendahului kuasa-kuasa yang ada pada Yang di-Pertua  Negeri Melaka, tetapi saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional akan mencadangkan bahawa Datuk Seri Rauf terus menjalankan khidmat sebagai Ketua Menteri Melaka, insya-Allah,” katanya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan Ab Rauf kini bergelar doktor selepas menamatkan pengajian Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam pada itu, mengulas soal kedudukan MCA, beliau berkata ramai yang beranggapan rakan komponennya yang dipimpin Datuk Seri Wee Ka Siong akan merajuk apabila hanya diberikan dua kerusi untuk dipertahankan pada PRN itu.

“Ini adalah merupakan satu manifestasi kebersamaan, di mana ramai yang menjangkakan kononnya MCA mahu memboikot Pilihan Raya Negeri Melaka ini, ataupun sekurang-kurangnya mereka merajuk tetapi tidak berlaku begitu. Sebaliknya MCA telah diberikan 4 kerusi,” katanya.

Semalam, MCA sah menerima dua kerusi tambahan menjadikan calon MCA-BN mewakili dua lagi kawasan Cina untuk dimenangi pada PRN ini iaitu Kota Laksamana dan Banda Hilir.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menyatakan sokongan terhadap perjanjian persefahaman rentas parti atau Confidence and Supply Agreement (CSA) yang dimeterai beberapa parti di peringkat Persekutuan.

Beliau berpandangan kerjasama seumpama itu wajar diperluaskan kepada parti lain tanpa mengira sama ada berada dalam blok kerajaan atau pembangkang.

“Ini satu perkembangan yang baik dan kita menyokong CSA berkenaan, dan sebaik mungkin CSA ini dilanjutkan kepada lain-lain parti tidak kira sama ada di pihak sebelah kerajaan atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu memberi ruang kepada parti politik untuk bersama-sama menangani permasalahan rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.