nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selepas 4 negeri bertukar kerajaan, apa nasib Sabah?

27 MEI: Selepas Johor, Melaka, Perak dan Kedah bertukar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), soalan yang kerap berlegar sekarang; Sabah bila lagi.

Desas-desus bahawa kerajaan Warisan Sabah akan tumbang dan persoalan mengenainya semakin sukar ditolak, apatah lagi selepas Datuk Seri Shafie Apdal mengemukakan usul percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Baru-baru ini.   

Ini juga dapat dilihat apabila pemimpin-pemimpin Warisan dan sekutu dalam PH berusaha mempertahankan Ketua Menteri itu dan kuasa kerajaan negeri.    

Khabarnya kerajaan negeri diterajui Warisan mula kehilangan fokus dan ekonomi negeri mula celaru.

Apatah lagi dengan keengganan kerajaan negeri mematuhi secara total beberapa arahan Pusat berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat.

Mungkin juga pemimpin Warisan mengambil kesempatan pandemik Covid-19 ini untuk menyelamatkan jawatan, ahli perniagaan dan kroni masing-masing  melalui Perintah Sekatan Imigresen.

Melalui perintah yang diumumkan Shafie pada 17 Mac 2020, penduduk yang bukan berasal dari Sabah dihalang ke negeri itu sepanjang arahan PKP sehingga 31 Mac.

Ia membabitkan semua pergerakan masuk penduduk bukan berasal dari Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat kecuali mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri dan mempunyai pengesahan kesihatan yang membuktikan individu berkenaan bebas Covid-19.

Selain itu, orang Semenanjung yang diberi kebenaran perlu menjalani kuarantin 14 hari sebaik tiba di negeri itu sedangkan penduduk Sabah ke Semenanjung tidak dikenakan syarat tersebut.

Adakah ia semata-mata faktor Covid-19;  Kota Kinabalu dalam zon merah atau pun bagi menghalang pergerakan pemimpin politik dari Semenanjung yang dianggap akan memberi ‘mudharat’ kepada politik Warisan?

Memang hal Imigresen adalah hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian 20 Perkara antara kerajaan negeri Sabah dengan Persekutuan.

Jadi, timbul persoalan adalah perintah sekatan Imigresen yang masih berlaku sehingga sekarang bersifat politik atau penentangan terhadap Pusat.

Shafie nyata bernasib baik kerana larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan oleh kerajaan Pusat dan dengan peraturan sekatan Imigresen ini, ia dapat menyekat pemimpin-pemimpin politik Semenanjung datang ke Sabah sekaligus boleh  mempengaruhi supaya berlaku proses tukar kerajaan.           

Selain itu, dengan ura-ura sudah ada lebih 30 akuan bersumpah berjaya dikumpul bagi merealisasikan penubahan kerajaan PN di Sabah, usaha ini hanya menunggu masa menentukannya.

Jadi, berhati-hatilah Shafie dan Warisan Sabah.

Jika sebelum ini, pemimpin di negeri yang dikuasai PH bertegas mendakwa mereka masih kukuh dan mustahil kerajaan negeri beralih kepada PN, tetapi akhirnya apa yang disebut dalam politik tidak ada yang mustahil, benar-benar terbukti apabila 4 negeri sudah bertukar kerajaan.

Kini, rakyat tunggu giliran Sabah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Jika tidak berlaku pertukaran kerajaan, pilihan lain adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri supaya rakyat memilih mandat baharu mentadbir negeri itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.