nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19 cetus pelbagai cabaran ekonomi

3 JUN: Malaysia berdepan pelbagai cabaran yang perlu ditangani oleh kerajaan berikutan kesan ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, kerjasama rakyat, sektor swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan adalah amat penting dalam menjayakan usaha tersebut.

Menurut beliau, bagi golongan pekerja, kajian oleh Nielsen mendapati lebih 40 peratus pekerja yang disoal selidik melaporkan pengurangan pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bagi perniagaan, menurut Jabatan Perangkaan, cabaran utama yang dihadapi adalah membayar gaji (77 peratus), kekurangan pelanggan (66 peratus), membayar sewa premis (61 peratus) dan masalah aliran tunai (36 peratus),” katanya dalam Laporan Pelaksana Ketujuh Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang mula diedarkan semalam.

Tengku Zafrul menambah, dalam sektor teknologi, pelantar pekerjaan mendapati bilangan pemohon pekerja semakin meningkat tetapi iklan pekerjaan semakin berkurangan.

Katanya lagi, setiap empat daripada 10 pekerjaan bergantung kepada industri pelancongan yang merupakan antara paling terkesan COVID-19.

ekonomi

Jelas Tengku Zafrul, industri pendidikan tinggi yang bernilai RM35 bilion kepada ekonomi negara bakal menghadapi cabaran ekoran kekangan menarik pelajar antarabangsa.

“Peniaga kecil seperi penjual kuih, peniaga pasar malam, abang gerai burger dan sebagainya tiada punca pendapatan yang tetap,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, daripada 67 peratus pekerja yang telah kembali bekerja, masih ada lebih kurang 5 juta pekerja pelbagai sektor yang belum memulakan pekerjaan disebabkan, antara lain, kerana di dalam senarai aktiviti dilarang atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk memastikan faktor keselamatan dan kesihatan terjamin.

Menurut kajian Ipsos pula, katanya, dapatan menunjukkan bahawa 62 peratus rakyat Malaysia sangat bimbang tentang ancaman COVID-19 terhadap diri mereka.

“Tahap kebimbangan ini adalah yang tertinggi dalam kalangan warga negara-negara lain.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian, tapi ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sektor-sektor ekonomi seperti pelancongan dan perkhidmatan dan tempoh masa yang diperlukan untuk pulih kembali,” jelasnya.

Tengku Zafrul turut menyatakan bahawa kerajaan juga peka kepada cabaran dihadapi golongan mudah terjejas seperti kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas dan golongan B40.

Sehubungan itu, beliau percaya Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.