nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin Armada ditahan SPRM berkaitan kes Syed Saddiq

3 JUN: Seorang pemimpin kanan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi berhubung kes kehilangan wang dari kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Mac lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya ketika mengesahkan penahanan itu berkata, individu terbabit direman selama empat hari.

“Bagaimanapun, kes ini tiada kaitan dengan politik dan suspek perlu menjelaskan mengenai wang Armada yang disalah guna oleh pihak tertentu.

“Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mempolitikkan isu ini memandangkan ia proses siasatan kepada kes Syed Saddiq,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini SPRM pernah mengarahkan Syed Saddiq mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian proses siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM ke atas wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumahnya.

Berikutan itu, SPRM mengambil keterangan daripada tiga lagi individu yang ada kaitan dengan Ahli Parlimen Muar tersebut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) yang berkaitan penerimaan suapan. Siasatan dibuka selepas SPRM menerima aduan berhubung mengenai wang terbabit yang dilaporkan sebagai ‘pemilikan yang meragukan’,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin dalam kenyataannya berharap SPRM menjalankan siasatan yang adil dan telus terhadap kes berkenaan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.