nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelajar terlibat peperiksaan mula bersekolah 24 Jun

10 JUN: Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan bagi 398,446 pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa setara dengannya akan bermula pada 24 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, kementerian sudah memperincikan persiapan rapi yang perlu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid, guru serta seluruh warga sekolah diberi keutamaan apabila sekolah dibuka kelak dua minggu lagi.

“Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya bagaimana keselamatan anak-anak apabila sekolah dibuka semula nanti. Jangan bimbang, kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan anak-anak dalam mematuhi garis panduan yang dikeluarkan, anak-anak kitaakan dapat hadir ke sekolah dan mengikuti pembelajaran dalam keadaan selamat.

“Dalam hal ini, kami amat berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga mendapati anak-anak tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tolonglah jangan hantar mereka ke sekolah. Sebaiknya bawalah anak-anak ini membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

MOHD RADZI

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Radzi berkongsi gambaran awal mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan proses pergerakan pelajar di sekolah nanti apabila ia dibuka mulai 24 Jun ini.

“Apabila murid sampai di sekolah, guru bertugas akan memeriksa suhu badan mereka di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.

“Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Selepas  pemeriksaan suhu badan dibuat, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, semua pelajar berkenaan juga akan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap sewaktu berada di sekolah.

“Contohnya, apabila murid tiba di sekolah, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah. Di dalam kelas nanti, meja-meja disusun pada jarak satu (1) meter.

“Secara umumnya, kapasiti maksimum untuk sebuah kelas dengan mengambil kira penjarakan sosial adalah tidak melebihi 20 murid. Namun, untuk ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah, kapasiti tentunya lebih tinggi,” jelasnya.

Mohd Radzi menambah, waktu rehat dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di kantin manakala makanan dan minuman siap dibungkus.

Selain itu, beliau memberitahu, pelajar-pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin dan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.

Beliau turut menggalakkan menggalakkan .ibu bapa atau penjaga menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.

Katanya, selain daripada pengawasan guru di sekolah, kementerian berharap baik ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa.

“Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) juga digalakkan berganding bahu bersama pihak sekolah dalam membuat persiapan sebelum sekolah dibuka dan juga semasa sekolah beroperasi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Mohd Radzi menegaskan, aktiviti di luar bilik darjah, seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka serta perhimpunan sekolah tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.