nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rasuah kontrak jalur lebar, 2 pegawai GLC direman

10 JUN: Seorang pengurus besar dan seorang pengurus akaun sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini, direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes rasuah membabit pemberian kontrak jalur lebar kerajaan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas dikatakan menerima rasuah berjumlah lebih RM800,000 daripada syarikat pembekal berhubung pelaksanaan kontrak sistem jalur lebar sebuah agensi kerajaan bernilai jutaan ringgit.

“Berikutan itu, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Majistret Shah Wira Abdul Halim kemudian mengarahkan kedua-dua lelaki terbabit direman selama lima hari mulai hari ini hingga 15 Jun 2020 bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan SPRM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, projek jalur lebar itu bernilai jutaan ringgit dan mereka disyaki menerima rasuah daripada syarikat pembekal ketika pelaksanaan kontrak berkenaan.

Norazlan berkata, SPRM sudah menggeledah beberapa premis yang mempunyai kaitan dengan suspek di sekitar Lembah Klang.

 “Hasil siasatan SPRM mendapati, kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu bermula pada 2012 sehingga 2016,” katanya sambil memberitahu bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.