nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perintah berkurung Esszone lanjut hingga 4 Julai

18 JUN: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jas, mengesahkan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah di bawah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pukul 6 petang esok akan dilanjutkan sehingga 4 Julai ini.

Berikutan itu beliau berkata, penduduk di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan antara pukul pukul 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang sudah diisytiharkan antara pukul 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh yang dinyatakan.

“Perintah berkurung ini merangkumi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Perintah berkenaan dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong di pulau-pulau peranginan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata, perintah berkenaan juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot sekali gus menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.