nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP, Amanah bantah Anwar jadi calon PM

19 JUN: Jika PKR berdegil tetap mahukan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), dua sekutunya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) masih berkeras ingin mengangkat semula Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyatakan mereka agak hairan dengan pendirian PKR tersebut.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka menegaskan, pemilihan Dr Mahathir telah diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan oleh Anwar di Ibu Pejabat PKR pada 30 Mei lalu.

“Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

“Setelah berusaha sedaya upaya atau ‘exhausting all efforts’, kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan maksima 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP dan 11 Amanah) dan lima lagi termasuk Tun Mahathir dan lima Ahli Parlimen yang bersamanya.

“Usaha terakhir Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telah tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi,” jelas mereka.

Khalid dan Anthony juga berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana yang dipersetujui.

Mereka menambah,memandangkan ia opsyen yang pernah dibincangkan dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen satu gagal mendapat sokongan yang mencukupi, adalah diharapkan PKR kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei lalu iaitu menerima opsyen kedua.

Dengan penegasan itu, semakin jelas kelihatan bibit-bibit yang boleh membawa kepada perpecahan yang parah dalam PH semata-mata kerana perselisihan pandangan tentang siapa yang layak menjadi calon Perdana Menteri mereka.

Kenyataan bersama Khalid dan Anthony juga mendedahkan kegagalan Anwar meraih sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi bagi mencabar kewibawaan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Maknanya, angka-angka yang dicanang oleh PH khususnya kem Anwar selama ini hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak bermakna kerana terbukti sokongan majoriti Ahli Parlimen memihak kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.