nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia kekal penarafan A-

26 JUN: Agensi penarafan Global, S&P Global Rating (S&P) mengekalkan penarafan Malaysia di tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil kepada negatif.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, unjuran tersebut didorong oleh impak negatif wabak COVID-19 terhadap pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal negara.

Beliau berkata, kerajaan percaya bahawa dasar fiskal yang dilaksanakan merupakan satu respons yang tepat memandangkan keperluan kritikal untuk memastikan langkah-langkah rangsangan dan pemulihan ekonomi dilakukan dengan segera bagi melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi.

“Langkah ini disokong oleh laporan S&P yang optimis mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahap 7.5 peratus bagi tahun 2021.

“Malah, krisis pandemik ini telah mempengaruhi penarafan kredit (sovereign ratings) untuk pelbagai negara dan ini mencerminkan cabaran getir yang dihadapi oleh ekonomi global seperti prospek pertumbuhan lebih lemah, defisit fiskal lebih besar dan tahap hutang yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul menambah, negara-negara dengan ekonomi terbuka seperti Malaysia telahpun melaksanakan langkah makroekonomi serta fiskal yang menyeluruh bagi mengurangkan impak kepada kesihatan awam dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, ini juga mengakibatkan penarafan kredit yang lebih rendah untuk beberapa negara, baik yang maju mahupun masih berkembang.

“Walaupun dengan penurunan prospek S&P ini, Kerajaan percaya bahawa responsnya yang proaktif terhadap krisis itu adalah tepat dan bersesuaian.
“Inisiatif dan langkah-langkah dibawah pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan dan PENJANA yang keseluruhannya bernilai RM295 bilion adalah bertujuan melindungi nyawa, menyokong perniagaan, menyelamatkan dan menjana pekerjaan serta merangsang ekonomi,” ujarnya.

Beliau memberitahu, melalui langkah-langkah PRIHATIN seperti Program Subsidi Upah dan pinjaman mudah untuk PKS dan perniagaan, lebih daripada 2.4 juta pekerjaan telah diselamatkan dan 800,000 perniagaan serta PKS mikro diberi sokongan.

“Tambahan pula, dibawah PENJANA, kerajaan berharap memperkasakan lebih daripada 2.6 juta pekerja melalui peningkatan kemahiran dan penempatan semula serta insentif upah dan pengambilan pekerja; dan menyokong lebih 300,000 perniagaan.

“Jumlah RM295 bilion untuk keseluruhan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN dan PENJANA dijangka menyumbang lebih dari tiga peratus kepada pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2020,” jelasnya.

Menurut beliau, sebilangan besar langkah yang diperkenalkan di bawah pakej PRIHATIN dan PENJANA adalah bersifat one-off atau sementara, dan tidak akan mempunyai impak kepada kedudukan kewangan Kerajaan dalam jangka masa sederhana.

“Tambahan pula, Malaysia mempunyai kecairan yang mencukupi di pasaran domestik bagi pembiayaan tambahan Kerajaan.

“Kerajaan juga akan memfokus kepada disiplin fiskal untuk mempertahankan keutuhan sistem dan integriti ekonominya dan juga memastikan Malaysia mampu untuk bangkit segera apabila keadaan ekonomi beransur pulih,” katanya.

Beliau berkata, pandangan optimis terhadap ekonomi Malaysia juga dikongsi oleh S&P.

Menurut beliau, dalam jangka masa sederhana dan panjang, Kerajaan tetap komited terhadap agenda reformasi fiskal dan akan meneruskan usaha pembaikan fiskal apabila ekonomi global kembali pulih.

“Malaysia mempunyai rekod prestasi pengurusan fiskal yang baik. Semasa Krisis Kewangan Global pada tahun 2008 dan 2009, defisit fiskal Malaysia meningkat kepada 6.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2009.

“Sejak itu, Kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 3.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2019. Memandang ke hadapan, kerajaan komited untuk menurunkan defisit fiskal kepada tahap bawah empat peratus daripada KDNK di dalam jangka masa sederhana,” jelasnya.

Beliau berkata, kedudukan luaran Malaysia tetap kukuh, disokong oleh lebihan akaun semasa, rizab antarabangsa mencukupi dan aset luaran milik bank-bank dan syarikat swasta yang tinggi.

“Kedudukan aset luaran mata wang asing Malaysia melebihi liabiliti atau hutang mata wang asing.

“Pada akhir Mac lalu, kedudukan nilai aset luaran mata wang asing Malaysia berjumlah RM923.3 bilion, di mana 94.9 peratus aset luaran adalah di dalam mata wang asing berbanding dengan 45.3 peratus jumlah liabiliti luaran,” ujarnya.

Beliau menambah, dengan kadar pertukaran mata wang yang fleksibel, ekonomi Malaysia tetap berdaya tahan dalam menghadapi kemungkinan kejutan pasaran luaran.

Beliau berkata pasaran bon Kerajaan Malaysia juga mempunyai kecairan modal dan permintaan yang mencukupi.

“Ini akan mengurangkan pergantungan kepada dana luaran, baik daripada segi penerbitan bon mata wang asing mahupun dari segi pemilikan bon kerajaan oleh pemegang asing,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sistem perbankan negara juga telah menghadapi keadaan mencabar dari kedudukan yang amat kukuh.

“Lebihan modal sistem perbankan di tahap RM121 bilion adalah lebih daripada tiga kali ganda berbanding tahap semasa Krisis Kewangan Global.

“Kecairan modal yang mencukupi, kualiti aset yang baik dan kerangka pengurusan risiko mantap akan terus mampu menyokong aktiviti pinjaman serta pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Dalam beberapa dekad lalu, jelas beliau, Malaysia telah membuktikan daya ketahanannya menangani pelbagai cabaran.

“Ia termasuk krisis kewangan Asia dan krisis kewangan global berteraskan asas ekonomi yang kukuh serta kerangka institusi yang baik dan pasaran kewangan yang cukup dalam dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, tadbir urus terus ditambahbaik, pengurusan kewangan awam cekap dan reformasi struktur ekonomi demi kelangsungan serta daya ketahanan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang. – MOHD. FAIRUZ YUSOF

Get real time updates directly on you device, subscribe now.