nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis tahan 39 individu ingkar arahan PKPP

30 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 39 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak tiga individu telah direman manakala 36 lagi dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk lima aktiviti pub atau kelab malam, 14 aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan 20 aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, seorang warga asing ditahan atas kesalahan imigresen semalam dalam sekatan jalan raya Operasi Benteng.

Berhubung operasi sanitasi awam semalam, Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 28 operasi sanitasi dilakukan meliputi 23 zon di sembilan negeri antaranya Sabah (11 operasi), Melaka (6 operasi) dan Terengganu (3 operasi).

Sementara itu, menurut beliau, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 74 tapak binaan di seluruh negara semalam yang melibatkan 128 penguat kuasa.

“Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 61 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan dan lima tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala lapan tapak binaan tidak beroperasi.

“Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,561 tapak binaan manakala 477 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, penguatkuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan ditutup kerana tidak mematuhi SOP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.