nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Potongan Cukai Untuk Projek Komuniti dan Amal COVID-19

5 JULAI: Kementerian Kewangan mengiktiraf inisiatif bagi menangani wabak Covid-19 sebagai projek komuniti atau amal yang diluluskan di bawah Subseksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kementerian Kewangan menerusi Garis Panduan Khas Permohonan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Projek Komuniti atau Amal Untuk Menangani Wabak Covid-19 memaklumkan, penyumbang yang membuat sumbangan bagi tujuan itu layak memohon potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan di mana suatu amaun bersamaan dengan amaun sumbangan yang dibuat.

“Syarat permohonan bagi pemohon yang layak ialah syarikat dan selain syarikat iaitu individu, perkongsian, badan amanah dan koperasi yang mempunyai pendapatan perniagaan.

“Bagi kriteria projek komuniti atau amal yang layak pula ialah projek bagi membantu kerajaan atau badan atau pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi menangani penularan wabak Covid-19,” kata Kementerian Kewangan.

Garis panduan itu turut memberitahu bahawa sumbangan yang layak ialah dalam bentuk wang tunai, peralatan seperti ventilator, katil pesakit dan pendingin hawa.

Selain itu, turut termasuk ialah perkhidmatan seperti kos pembasmian kuman dan sanitasi (jalan raya, bangunan, pasar, tempat ibadat dan lain-lain), kos penyediaan tandas bergerak, kos penghantaran bekalan atau pembiayaan seperti penyediaan infrastruktur bersifat kekal atau sementara (contohnya, khemah atau marquee tent bagi menempatkan katil tambahan).

“Ia turut merangkumi bahan guna habis seperti topeng muka, hand sanitizer, sarung tangan, test kit dan kelengkapan pelindungan peribadi (PPE).

“Sumbangan hendaklah disalurkan kepada mana-mana hospital sama ada kerajaan, swasta, jabatan, agensi kerajaan atau agensi bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan dan politik.

“Penyumbang hendaklah mendapatkan akuan terima sumbangan berserta cop rasmi penerima bagi mengesahkan maklumat berhubung sumbangan selain perlu mengemukakan permohonan yang kepada Setiausaha Bahagian Cukai,” kata kenyataan itu.

Jelas Kementerian Kewangan, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai di talian 038882 3349/4197/ 8876 atau emelkan kepada mahfuzah.bahrin@treasury.gov.my; juriani.jalaluddin@treasury.gov.my; atau hazlan.aziz@treasury.gov.my.

Tuntutan ke atas potongan bagi sumbangan kepada projek komuniti atau amal bagi menangani wabak Covid-19 yang telah diluluskan hendaklah dibuat dalam borang nyata cukai pendapatan bagi tahun taksiran yang berkenaan.

“Dokumen berikut hendaklah disimpan dengan baik untuk tujuan audit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu surat kelulusan asal oleh Kementerian Kewangan dan akuan terima sumbangan asal daripada kerajaan, badan atau pertubuhan bukan kerajaan.

“Tuntutan potongan bagi amaun sama yang dibuat di bawah perenggan ini adalah tidak dibenarkan dipotong di bawah subseksyen 44 (6).

“Garis panduan ini hanya berkuat kuasa bagi sumbangan kepada projek komuniti atau amal bagi menangani penularan wabak Covid-19 yang dibuat mulai Februari 2020 sehingga wabak ini diisytiharkan tamat oleh kerajaan. Tuntutan potongan cukai pula boleh dituntut mulai tahun taksiran 2020,” kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.