nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasukan khas ditubuh kukuh kewangan Felda, PM jamin sokongan berterusan

7 JULAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan padu kepada Felda dan sebagai langkah awal, satu pasukan khas ditubuhkan bagi memperkukuh kewangan agensi itu demi manfaat seluruh warga peneroka.

Menurut Perdana Menteri, pasukan khas itu dipengerusikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan pasukan ini telah berusaha mengenal pasti kaedah terbaik bagi menjamin kelestarian kewangan Felda dengan mereka telah diminta untuk membentangkan laporan dalam masa terdekat.

“Saya tahu Felda dalam keadaan agak sukar, namun saya amat hargai sumbangan Felda sejak ditubuh hingga hari ini dan saya beri jaminan kepada seluruh warga Felda yang kerajaan PN di bawah pimpinan saya akan terus beri sokongan padu supaya Felda bangkit semula dan mengorak langkah lebih gagah.

“Insya Allah berkat usaha kita bersama, Felda akan mengorak langkah-langkah lebih gemilang,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka Kebangsaan di Trolak, Perak hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Faizal Azumu dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan beberapa insiatif segera untuk warga peneroka dan generasi baru antaranya peruntukan RM200 juta bagi membaik pulih, menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan kebun di tanah rancangan di seluruh negara.

Selain itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerjasama dengan Agrobank bagi membantu pemilikan rumah buat generasi baru Felda melibatkan kemudahaan pembiayaan lebih tinggi dan syarat yang dipermudahkan.

Pada masa sama, RM45 juta lagi diumumkan bagi menaiktaraf Asrama Semai Bakti Felda di seluruh negara supaya anak-anak peneroka yang menyambung pengajian menikmati penginapan lebih selesa.

Turut diumumkan Perdana Menteri pelancaran Lembah Herba di Trolak dan jalinan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia bagi mengenal pasti projek keusahawanan bernilai tinggi untuk dilaksanakan di tanah rancangan.

Sementara itu, Muhyiddin dalam amanat sulung kepada warga peneroka turut bersetuju dengan ucapan Idris sebelum itu bahawa Felda adalah harta berharga yang boleh diumpamakan lombong emas.

Tegas Perdana Menteri, namun ia tidak beri apa-apa manfaat jika tidak digali bagi mencari khazanah yang tersimpan di dalamnya.

“Maka bersama-samalah kita berganding bahu, meneroka, mengusahakan khazanah tanah rancaangan yang diwarisi yang tersembunyi di dalamnya 1,001 potensi. Peranan memajukan tanah rancangan tanggungjawab kita bersama. Maju Felda majulah peneroka.

“Saya bertuah kerana dibantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk jaga Felda. Jadi ramai yang jaga dari Perdana Menteri, ada Menteri, ada Pengerusi dan seluruh warga Felda termasuk peneroka.

“Saya yakin dengan gandingan kepimpinan Mustapa, Idris dan sokongan pengurusan Felda, warga peneroka termasuk NGO berkaitan, Felda mampu mengorak langkah cemerlang,” ujarnya. -M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.