nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dua pulang dari Singapura antara enam disah positif

9 JULAI: Buat hari kedua berturut-turut, tiada kes penularan Covid-19 di dalam negara dilaporkan dengan kesemua enam kes baharu yang direkodkan hari ini melibatkan jangkitan di luar negara.

Menurut catatan di Facebook Kementerian Kesihatan, dua daripada enam kes import itu pula melibatkan kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura dan mereka yang tidak bergejala itu kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Empat kes import lain pula melibatkan kepulangan tiga sekeluarga dari Indonesia manakala satu lagi kepulangan warganegara Malaysia dari Mesir.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 13 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 63 kes.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada 15 kluster tempat kerja COVID-19 telah tamat hari ini.

Katanya, kluster ini telah dikesan hasil saringan 10 orang pekerja bukan warganegara yang merupakan hasil inisiatif majikan syarikat tersebut untuk menyaring pekerja-pekerja bukan warganegara mereka.

“Sehingga 9 Julai 2020, seramai 33 orang telah disaring yang terdiri daripada 16 warganegara Malaysia dan 17 bukan warganegara.

“Daripada jumlah ini, didapati empat kes yang positif COVID-19 iaitu tiga pekerja syarikat dan satu kontak rapat mereka. Keempat-empat kes adalah di kalangan warga Indonesia.

“KKM ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama majikan dalam usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19,” ujarnya.

Katanya, dengan tamatnya kluster tersebut, jumlah kluster tempat kerja yang masih aktif adalah empat. –M.H HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.