nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kecewa dengan DAP punca ADUN Rahang keluar parti

10 JULAI: Tidak berpuas hati dengan pelantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Rasah menjadi punca yang menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh keluar DAP, hari ini.

Beliau yang kini bergelar ADUN Bebas turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Wanita DAP, Naib Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), Ketua Wanita DAP Negeri Sembilan dan Timbalan Ketua Wanita PH Negeri Sembilan.

Mary Josephine yang kini menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang selama dua penggal mengumumkan beliau masih menyokong kerajaan PH di Negeri Sembilan.

Seperti yang dijelaskannya, kekecewaan yang dipendam sejak dua tahun lalu berhubung isu tersebut mendorongnya membuat keputusan keluar DAP.

“Selama 46 tahun sebagai ahli DAP yang berpegang teguh pada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, saya kini berdepan dengan cabaran yang saya tidak mampu lagi hadapi.

“Tidak ada guna untuk saya terus memberi sokongan kepada pemimpin DAP Negeri Sembilan yang mengecewakan. Justeru, saya tiada pilihan melainkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada DAP selaku ahli seumur hidup, berkuat kuasa hari ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Seremban, hari ini.

Mary Josephine memberitahu, beliau kecewa kerana pandangannya berhubung pelantikan Pengerusi MPKK pada 2018 itu tidak diberi perhatian sewajarnya oleh kepimpinan DAP Negeri Sembilan.

Beliau turut mendakwa, pencalonan individu tersebut disokong oleh seorang Ahli Parlimen DAP di Negeri Sembilan.

Berhubung tindakan keluar parti, Mary Josephine telah mengemukakan surat keluar parti kepada Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam manakala surat serupa turut diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohd Omar hari ini.

“Saya akan terus sokong PH kerana saya berada dalam barisan pembangkang sudah lebih 40 tahun,” jelasnya.

Tindakan Mary Josephine itu menyebabkan kerusi PH di Negeri Sembilan tinggal 19 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) kekal mempunyai 16 kerusi.

Spekulasi berhubung kemungkinan berlaku peralihan kepimpinan kepada Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan mula berlegar selepas PH tumbang di peringkat kerajaan Persekutuan.

Sekiranya empat lagi ADUN dari PH mengambil langkah serupa, BN bakal menjadi gabungan parti yang mempunyai kerusi terbanyak di DUN Negeri Sembilan sekali gus boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.

UMNO mempunyai 15 kerusi DUN menjadikannya parti dengan kerusi DUN tertinggi di Negeri Sembilan, diikuti DAP (10 kerusi), PKR (6 kerusi), PAN (3 kerusi), MIC (1 kerusi) dan Bebas (1 kerusi). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.