nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Lelong’ buatkan Mujahid panas dengan Ahmad Maslan

14 JULAI: Hanya kerana istilah ‘lelong’, sidang Dewan Rakyat petang ini tegang seketika apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berulang kali mendesak perkataan itu ditarik balik.

Seperti harimau dikejutkan dari tidur apabila mendengar perkataan ‘lelong’, Mujahid bingkas bangun apabila Ahli Parlimen BN-Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa kerajaan lalu telah bertindak ‘melelong’ aset Tabung Haji (TH).

Malah satu ketika, Mujahid yang juga Ahli Parlimen PH-Parit Buntar walaupun tidak membenarkan mencelah oleh Ahmad memberikan alasan perkataan ‘lelong’ sebagai unparliamentarian.

Ahmad awalnya mendakwa Menteri Agama ketika pemerintahan lalu telah meluluskan pengecualian hak penolakan pertama bagi 18 aset hartanah TH yang telah dipindah ke Urus Harta Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB).

Dalam bahasa mudah, dakwa Ahmad, Menteri Agama ketika itu telah melepaskan hak TH membeli semula aset hartanah bagi membolehkan semua aset tersebut dilelong kepada pihak luar.

Sebaik perkataan lelong disebut, Mujahid terus memohon untuk mencelah dan dalam keadaan Ahmad masih meneruskan ucapan, Mujahid meninggikan suara mahu perkataan lelong ditarik balik.

“Saya minta tarik balik kerana unparliamentarian,” katanya.

Keadaan menjadi hingar-bingar apabila masing-masing menggunakan mikrofon dengan Ahmad meneruskan ucapannya berkenaan tindak-tanduk kerajaan dulu ke atas TH manakala Mujahid terus mendakwa perkataan lelong sebagai tidak betul.

Keadaan bertambah panas apabila beberapa wakil pembangkang meminta celah termasuk Ahli Parlimen PH-Bruas, Datuk Ngeh Khoo Ham tapi dibalas Ahmad supaya gunakan ruang perbahasan masing-masing untuk jelaskan isu ini.

“Dia (Ahmad) kata kita yang lelong. Mereka yang lelong Tuan Sepaker,” jerit Mujahid yang terus tidak diendahkan Ahmad yang meneruskan kritikannya terhadap PH dalam menguruskan TH.

Dalam pertikaman lidah itu, turut kedengaran Mujahid menjerit ‘sembang kuat’ yang kuat ditujukannya kepada Ahli Parlimen BN-Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim setelah beliau mahu bekas Menteri terlibat dibawa ke mahkamah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kemudian menenangkan ketegangan tersebut dengan meminta semua pihak menghormati giliran Ahmad berbahas.

Terdahulu, Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri di JPM, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dituduh PH melakukan pelbagai penyelewengan tidak pernah gagal mengemukakan laporan kewangan TH ke Parlimen.

Ahmad berkata kegagalan TH mengemukakan laporan kewangan yang diaudit pada 2018 dan 2019 jelas melanggar Seksyen 5,7,8 dan 9, Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 yang dibacakan bersama Seksyen 26, Akta TH.

Beliau hairan kenapa TH boleh mengumumkan hibah sedangkan mereka belum membentangkan laporan kewangan yang diaudit ke Parlimen dan bertentangan dengan Seksyen 22 Akta TH.

“Sehingga hari ini sukuk TH untuk memindahkan aset kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) tidak dijamin oleh kerajaan sehingga hari ini. Akibatnya tiada jaminan UJSB akan memulangkan semula nilai aset terjual pada tempoh akhir nilai sukuk berkenaan berakhir pada 7 hingga 9 tahun lagi.

“Surat TH kepada UJSB yang ditandatangani sendiri oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH mendedahkan bahawa Menteri di JPM (Agama Islam) ketika itu menandatangani dokumen hak penolakan pertama terhadap 18 aset TH yang sudah dipindahkan kepada UJSB.

“Dengan bahasa mudah menteri ketika itu menggunakan kuasa diperuntukan dibawah Akta TH 1995 untuk melepas hak TH untuk membeli semula hartanah TH bagi membolehkan ia ‘dilelong’ kepada pihak luar. Jika ini dilaksanakan maka aset milik TH termasuk hotel dan hartanah dibeberapa lokasi strategik di seluruh negara akan hilang selama-lamanya daripada tangan TH.

“Prospek TH yang bernilai tinggi akan hilang daripada hak milik TH pada masa depan. Kerajaan PH menjual aset bernilai RM10 bilion dengan RM19.9 bilion liabiliti, atas dakwah TH alami defisit belanjawan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.