nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muzammil nafi tarik diri tanding Ketua Armada

19 JULAI: Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muzzammil Ismail menafikan dakwaan bahawa beliau menarik diri sebagai calon ketua Armada pada pemilihan parti itu yang dijadualkan akhir September ini.

Beliau berhasrat meneruskan untuk bertanding merebut jawatan tersebut selepas rundingan dengan seorang lagi calon, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan gagal mencapai kata sepakat.

“Ya, benar rundingan di antara YB (Yang Berhormat) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan saya berlaku. Di pihak saya kita meneliti pelbagai aspek dan implikasi terbaik. Saya sendiri membuka ruang rundingan agar kita lebih matang dan tidak jumud.

” Saya tidak mahu dipanggil seorang yang keras kepala, sombong atau tidak boleh berunding. Saya perlu memikirkan jalan kehadapan untuk masa hadapan Armada & Bersatu yang memerlukan nakhoda terbaik dalam kalangan yang terbaik.

“Namun proses rundingan boleh dikatakan tidak mencapai kata sepakat. Saya berhadapan dengan tekanan kuat daripada Armada di peringkat Cawangan & Bahagian yang mendesak agar adanya proses pemilihan Ketua Armada bagi menjunjung semangat demokrasi dalam parti,” katanya melalui kenyataan dalam Facebook miliknya, hari ini.

Perebutan jawatan Ketua Armada menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Ahmad Fayhsal dengan Mohd Muzzammil selepas pencalonan penyandangnya, Syed Saddiq Abd Rahman terbatal kerana keahliannya terhenti kerana melanggar peraturan parti.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum ini memutuskan persidangan peringkat bahagian pada 22 Ogos, ARMADA Bahagian pada 15 Ogos dan Srikandi pada 16 Ogos.

Dalam pada itu, Mohd Muzzamil memberitahu beliau akan tetap memberi sokongan terhadap parti dan Presiden serta kepimpinan utama sekiranya menang atau kalah dalam pemilihan itu.

“Bagi saya meneruskan pertandingan yang telah digerakkan bersama pasukan sejak setahun yang lepas adalah demi memastikan perubahan besar dalam Armada terutama untuk memulih semula organisasi dan sistem perkaderan Armada

“Insyallah sekiranya rezeki kepada saya dan pasukan, selesai sahaja pemilihan, Armada akan menjadi satu. Bersatu dalam satu saf. Yang kalah akan dilantik. Tiada yang tercicir termasuk Wan Faysal agar kita lebih kuat,”katanya.

Sementara itu, Muzammil menjelaskan antara sebab proses pemilihan harus dilakukan adalah bagi mempersiapkan jentera yang dilatih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.