nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Surendran kecewa sikap biadab MP PH

21 JULAI: Kebiadaban yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut dikecam oleh rakan mereka sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menyuarakan kekesalan dengan perbuatan mereka mengkritik, membuli dan menyerang Azhar dalam sidang Dewan Rakyat dan juga melalui media sosial serta laporan berita.

Menurut beliau, ahli-ahli politik PH dan sekutu-sekutu mereka menganggap tindakan Azhar menerima pencalonan jawatan tersebut sebagai dosa yang tidak boleh diampunkan.

“Sebelum dicalonkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar dianggap sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaik oleh mereka.

“Namun, mengikut logik akal mereka, sebaik sahaja beliau menerima pencalonan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau terus dianggap sebagai seorang yang tidak berprinsip,” katanya dalam hantaran melalui laman Facebook miliknya.

Surendran turut mempersoalkan mengapa mereka tidak memberi peluang kepada Azhar membuktikan kebolehannya mengendalikan tugas itu.

Beliau juga terkejut dengan sikap rakan-rakan lamanya dalam blok pembangkang di Parlimen dahulu yang bersikap berat sebelah apabila menghentam Azhar secara terbuka.

“Azhar dikecam semasa Ahli-ahli Parlimen PH dan PN berdebat tentang usul menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu walaupun beliau tidak mempunyai sebarang peranan dalam perkara itu.

“Kata-kata kesat dilemparkan oleh Ahli-ahli Parlimen bukan sahaja semasa Azhar mengangkat sumpah, malah sebelum beliau sempat duduk di kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat,” ujarnya.

Surendran seterusnya menempelak Ahli-ahli Parlimen PH yang sering menguar-uarkan mahu mewujudkan Parlimen kelas dunia namun sikap buruk mereka tidak mencerminkan kesungguhan untuk mencapai objektif tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau sangat kecewa dengan kegagalan PH melaksanakan reformasi Parlimen semasa mereka berkuasa selama 22 bulan dahulu.

Surendran memberitahu, sebagai wakil PH dalam Jawatankuasa Peraturan Dewan Rakyat pada 2015, beliau telah membentangkan laporan minoriti menggesa pembaharuan besar seperti hari wakil pembangkang, hari penyokong kerajaan dan jawatan-jawatankuasa pilihan menyemak semua rang undang-undang.

“Selama 22 bulan mereka berkuasa, PH tidak melaksanakan walau satu pun pembaharuan tersebut, yang semestinya sangat bernilai memandangkan kini mereka menjadi pembangkang semula,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.