nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2 lagi kluster baharu COVID-19 dikesan

25 JULAI: Dua lagi kluster baharu COVID-19 iaitu kluster Bukit Tiram dan kluster Syarikat Pembinaan Kuching telah dikenal pasti di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster Bukit Tiram, dua kes positif telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.


Menurut beliau, kedua-dua kes positif tersebut iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869 yang dikesan dalam kluster berkenaan merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan kakitangan pusat berkenaan.

“Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenal pasti dalam kluster Bukit Tiram.

Beliau memberitahu, semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan manakala siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif sedang diteruskan dan punca jangkitan kluster masih dalam siasatan.

Sementara itu, berhubung kluster Syarikat Pembinaan Kuching, Dr Noor Hisham berkata, kes pertama kluster itu merupakan kes positif COVID-19 yang telah dikesan pada 11 Julai 2020 iaitu kes ke-8715.

“Melalui siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenalpasti yang terdiri daripada lima rakan serumah dan 50 rakan sekerja.

“Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif COVID-19,” jelasnya.

Beliau menyatakan, kluster itu telah dikenal pasti apabila satu kes positif iaitu kes ke-8881 telah dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif masih diteruskan. Punca jangkitan kluster adalah masih dalam siasatan,” ujarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.