nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Makmal Malaysia mampu uji 37,000 kes COVID-19 sehari

25 JULAI: Keupayaan makmal ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 di negara ini kini telah meningkat dan mampu menguji sebanyak 37,000 kes sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, semua ujian itu dilakukan di sebanyak 56 makmal di seluruh negara, berbanding 53 makmal sebelum itu.

Menurut beliau, elemen terpenting dalam mengekang penularan COVID-19 adalah ujian dan saringan bagi mengesan individu yang bergejala dan tidak bergejala.

“Data yang kita ada hari ini, setakat ini kita dapat uji hampir sejuta individu di negara ini yang disaring, diambil swab dan dihantar untuk di uji di makmal-makmal yang kita ada di negara kita.

“Kita boleh saring 37,000 kes sehari dengan 56 makmal yang bersedia untuk menguji COVID-19 dan sekiranya kita dapat menguji seramai yang boleh, itu yang terbaik,” katanya dalam sesi Bicara Dewan Muda Johor – ‘Untold Story: Di Sebalik Pandemik COVID-19’, yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Dewan Muda Johor, hari ini.

Dr Adham menambah, Malaysia merupakan antara negara yang mampu melakukan ujian COVID-19 dengan kadar lebih tinggi berbanding negara-negara lain.

Beliau menjelaskan, sebagai perbandingan, Malaysia lakukan 28 ujian bagi setiap 1,000 populasi manakala di Korea Selatan, 26 ujian bagi setiap 1,000 populasi diikuti empat ujian untuk setiap 1,000 populasi di Jepun dan dua ujian untuk 1,000 populasi di Vietnam.

Seperti yang dijelaskan oleh Dr Adham, Singapura mempunyai kadar ujian yang lebih tinggi iaitu 79 ujian bagi 1,000 populasi.

“Jadi ujian dan saringan untuk COVID-19 ini adalah elemen penting, untuk pastikan bahawa kita dapat mengesan, mengekang, menghalang dan membendung lebih awal penularan, pada peringkat awal sekali gus kita dapat meyakinkan rakyat bahawa kita dapat mengawal penyakit ini,” jelasnya.

Beliau berkata, ujian saringan yang dilakukan dengan pantas dan memperbanyakkan makmal ujian, adalah antara faktor Malaysia berjaya merendahkan jumlah jangkitan dalam kalangan masyarakat.

“Pegawai kementerian akan turun ke lapangan segera bagi membuat saringan, apabila kes jangkitan dikenal pasti dan selepas itu, individu disyaki dijangkiti akan segera diasingkan dengan siasatan kontak rapat dijalankan serta-merta,” ujarnya.

Dr Adham menjelaskan, sekiranya individu dalam pemantauan (PUI) didapati positif, mereka akan kekal diasingkan dan kontak rapat juga akan disaring manakala individu di bawah pengawasan (PUS), juga akan diasingkan sehinggalah 14 hari sebelum dilepaskan jika disahkan negatif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.