nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kumpulan Tun M tak boleh guna logo Bersatu – Hamzah

25 JULAI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo parti itu digunakan oleh kumpulan penyokong bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim bulan depan.

Memetik laporan BERNAMA, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka yang mahu menggunakan logo parti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pucuk pimpinan parti.

“Kalau tak ada kebenaran menggunakan logo parti mereka tak boleh gunakan,” kata Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Larut, Matang dan Selama, di Larut, Perak hari ini.

Semalam, bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, pihaknya akan meletakkan calon bertanding pada PRK itu berikutan Pakatan Harapan (PH) memaklumkan tidak akan berbuat demikian.

Namun kenyataan Marzuki itu disangkal oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyatakan, PH menafikan telah menyerahkan kepada kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam PRK DUN Slim.

Sementara itu, di KULIM, Hamzah berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM16 juta bagi menaik taraf Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, dan membeli aset baharu berkaitan keperluan pelajar di sekolah itu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM8.46 juta diluluskan untuk tahun ini, manakala lebih RM7.80 juta diperuntukkan untuk tahun hadapan.

“Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1991, sehingga hari ini saya nampak ia memerlukan penambahbaikan, bukan sahaja prasarana yang ada hari ini, tetapi juga aset yang diperlukan seperti katil, tilam dan almari, yang perlu (diganti) baharu.

“Semua projek berkaitan telah pun dimulakan, termasuk baru-baru ini yang telah kita luluskan untuk penyediaan kemudahan Wifi, dan saya harap sekurang-kurangnya pada akhir 2021, semua yang kita rancang dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke MRSM PDRM, hari ini.

Katanya, peruntukkan itu bukan sahaja bertujuan memastikan keselesaan pelajar, tetapi juga diharap dapat menjadikan sekolah itu sebagai pilihan kepada ibu bapa, untuk menghantar anak-anak mereka ke situ.

Menurut Hamzah, walaupun sekolah itu dikhususkan untuk anak-anak anggota dan pegawai polis, namun hanya sekitar 20 peratus sahaja tempat diisi oleh mereka, manakala selebihnya terdiri daripada anak-anak orang awam.

“Kita berharap peratusan ini dapat ditingkatkan sehingga sekurang-kurangnya 80 peratus…Saya dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador), akan berkerjasama untuk memastikan sekolah ini terkenal pada masa akan datang,” katanya.

Difahamkan ketika ini seramai 657 pelajar bersekolah di maktab tersebut, dengan hanya 20 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada anak anggota dan pegawai PDRM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.