nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wanita jual gelang cegah COVID-19 ditahan

25 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seorang ejen jualan wanita kerana mempromosikan gelang tangan yang kononnya mampu mencegah jangkitan wabak COVID-19.

Pengarah Penguatkuasaannya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini berkata, wanita berkenaan ditahan selepas KPDNHEP mengesan satu iklan yang tular dalam laman sosial Facebook berkenaan promosi produk gelang tangan berharga RM580 yang dikatakan mampu mencegah COVID-19.

Beliau berkata, bertindak atas aduan terbabit, sepasukan pegawai penguat kuasa, KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat seorang wanita yang juga seorang ejen sebuah syarikat jualan langsung yang mempromosikan produk gelang tangan melalui laman Facebook miliknya.

“Tindakan wanita terbabit yang mempromosikan produk dengan memberi pernyataan yang mengelirukan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h), Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan seterusnya tawaran kompaun maksimum sebanyak RM 50,000 telah ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan pada hari ini.

“Sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, individu tersebut akan dituduh di mahkamah. Penalti bagi kesalahan ini adalah dibawah Seksyen 25, Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, didenda tidak melebihi RM 100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM 250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya,” jelasnya.

Iskandar menambah, KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau pernyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk.

Berikutan itu, beliau mengingatkan semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.