nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO bincang kesan politik susulan kes Najib

28 JULAI: UMNO akan membincangkan kesan politik yang bakal berlaku selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau amat sedih dan bersimpati dengan keputusan yang dijatuhkan terhadap Najib itu.

Namun, beliau yakin perkembangan tersebut bukan penghujung dan pengakhiran terhadap hayat politik Najib.

“Proses perundangan tetap akan berjalan. Dari segi politik, sesuatu akan dianalisis, akan diperbincangkan tentang kesan-kesan politik yang akan berlaku selepas keputusan ini dibuat oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah di atas semua tujuh pertuduhan membabitkan pertuduhan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd. Nazlan membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah bagi pertuduhan berkenaan.

Najib berdepan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Mahkamah mengumumkan secara berperingkat bermula dengan pertuduhan salah guna kuasa sebelum diikuti pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid menambah, beliau menghormati keputusan mahkamah namun intrepretasi yang pelbagai tentunya tidak dapat dielakkan.

“Saya harap mahkamah membuat keputusan mengikut pertimbangan perundangan bagi sesuatu penjelasan yang dibuat oleh saksi pendakwa atau saksi pembela tentunya harus diambil kira dalam sesuatu keputusan yang dibuat dalam penghakiman dengan tidak merujuk kepada kes ini, tetapi secara umum,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.