nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Moratorium dan bantuan bank bersasar, PM umum petang ini

29 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas berkenaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar petang ini.

Menerusi pemakluman di Facebook Perdana Menteri, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan pada jam 3 petang nanti.

Perkara itu dinyatakan dalam satu poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Moratorium bayaran pinjaman bank selama enam bulan dilaksanakan bagi membantu rakyat ketika kemuncak wabak COVID-19 yang bakal berakhir September ini.

Berbaki dua bulan lagi, pelbagai pihak masih merasakan langkah moratorium itu wajar dilanjutkan tetapi secara bersasar bagi memanfaatkan mereka yang terjejas teruk.

Kelmarin, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ,bank dijangka mengalami kerugian pengubahsuaian sebanyak RM79 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium selama enam bulan.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberikan kemudahan moratorium bayaran pinjaman bank walaupun wabak COVID-19 melanda seluruh dunia.

Bagaimanapun Tengku Zafrul berkata, bantuan bersasar dipertimbangkan oleh institusi perbankan kepada mereka yang masih tidak mampu kerana kehilangan pekerjaan atau disebabkan sektor ekonomi terjejas.

Institusi perbankan kini secara proaktif sedang giat menghubungi peminjam untuk menawarkan bantuan bersasar termasuklah memanjangkan tempoh pinjaman supaya jumlah ansuran bulanan dapat dikurangkan.

“Selain itu, bantuan bersasar lain ialah mengubah terma utama dan syarat pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah (sebagai contoh, kemudahan overdraf ditukar kepada pinjaman bertempoh); atau memberi pelepasan lain yang bersesuaian sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

“Hingga kini, bank sudah menghubungi lebih daripada 394,000 peminjam untuk menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula bagi membantu peminjam yang masih terjejas. Daripada jumlah ini, sebanyak 75,000 peminjam terdiri daripada peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sudah dihubungi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.