nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Apa muslihat MP PKR, DAP bangkit semula isu Mara Inc?

APABILA dua pemimpin DAP dan PKR menjadi individu paling ke depan tampil menggesa siasatan dibuka semula berhubung isu pembelian aset di Melbourne oleh Mara Inc lebih tujuh tahun lalu, ia memang menarik perhatian ramai.

Maklumlah dalam ribut soal siapa calon Perdana Menteri yang belum selesai di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, tiba-tiba orang kanan PKR dan DAP boleh pula menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan ke atas anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Semua tahu, ketika urusniaga tersebut berlaku, kementerian yang bertanggungjawab kepada Mara adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ketika itu diterajui Mohd. Shafie.

Boleh dibaca balik, kenyataan-kenyataan Mohd. Shafie di media yang menyifatkan pembelian tersebut sebagai menguntungkan dan mengikut prosedur.

Justeru bak kata orang, tidak ada kebetulan dalam politik. Semuanya berlaku setelah dirancang. Jadi susah untuk menyalahkan jika ada pihak yang melihat gesaan Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir itu sebagai sebahagian daripada susunan sebuah orkestra.

Sekarang, berlegar dalam kalangan pemerhati mengenai ‘masa’ isu ini ditimbulkan oleh Akmal yang juga Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang bersama Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Ada yang timbulkan isu ini dibangkitkan kerana ini peluang politik buat Presiden PKR yang berdepan persaingan Mohd Shafie bagi mengisi kedudukan calon bakal Perdana Menteri.

Dari satu sudut lain, siasatan rasuah rentas negara seperti dalam isu Mara Inc ini memang sangat rumit. Berlaku pada 2012 dan 2013 yang kemudian jadi perhatian setelah ditimbulkan akhbar Australia pada 2015 mengenai wujudnya lebihan pembayaran, namun sehingga sekarang kedudukannya tenggelam timbul.

Hartanah Mara Inc di Melbourne menjadi tajuk utama pada bulan Jun 2015 berikutan laporan sebuah akhbar Australia, The Age, yang mendakwa syarikat itu telah membeli blok pangsapuri lima tingkat, Dudley House, pada harga yang melambung.

Akhbar itu mendakwa “sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya” telah terlebih bayar AS$ 4.75 juta (RM13.8 juta) untuk membeli blok apartmen itu pada tahun 2013 – dan lebihannya disalurkan semula ke Malaysia sebagai sogokan untuk pegawai Malaysia.

Bila Akmal dan Teresa bangkitkan balik kelmarin mengenai Mara Inc, maka ingat balik orang kepada soal lebihan pembayaran pembelian aset Mara di Melbourne, Australia itu.

SPRM sebelum ini telah menjalankan siasatan dengan lebih 20 saksi dipanggil. Ada pegawai kanan agensi itu yang direman. Mohd. Shafie sendiri pernah menyatakan kesediaan membantu jika dipanggil.

Kes ini di Australia juga dilaporkan ada perkembangan apabila ada individu didakwa beberapa hari lalu kerana kesalahan menyogok pegawai Malaysia supaya urus niaga pada 2013 itu dilakukan dengan harga yang lebih tinggi.

Sebab itu, Teresa dan Akmal dilaporkan mempersoakan bagaimana dengan kedudukan penerima suapan setelah individu yang memberi rasuah telah didakwa di Australia.

Bekas Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dalam reaksinya kepada gesaan PKR dan DAP itu memberi tiga nama termasuk pemimpinan kerajaan Warisan Sabah yang beliau percaya boleh membantu SPRM.

Annuar yang menerajui agensi itu ketika isu berkenaan ditimbulkan akhbar Australia pernah memaklumkan Mara turut menjalankan audit dalaman isu berkenaan dan beliau sendiri tampil ke Ibu Pejabat SPRM pada Mac 2016 menyerahkan perkembangan maklumat berkaitan.

Banyak berlegar mengenai audit dalaman urusan pembelian aset tersebut dan pastinya hal jual beli aset awam di luar negara ada ketetapan yang perlu dipatuhi kementerian dan agensi antaranya seperti keperluan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

SPRM pasti akan melihat kes ini sama seperti kes lain dengan penelitian rapi dilakukan sama ada jika ada pihak yang membuat maklumat palsu dan melanggar tatakelola awam.

Mara juga dalam reaksi terbaru menyerahkan kepada SPRM dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya. – Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.