nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Kluster Kurau, Meranti pula muncul

9 OGOS: Kementerian Kesihatan mengesahkan 13 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini iaitu sembilan kes import dan lima kes jangkitan dalam negara termasuk dari dua kluster baharu iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadi jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,083 kes termasuk 174 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Dr Noor Hisham berkata daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, sembilan kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang membabitkan lima warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara

“Sembilan kes import terbabit adalah dua kes dari China; dua dari India; dua dari Jepun serta masing-masing satu kes dari Ireland, Indonesia dan Yaman manakala empat kes penularan tempatan adalah di kalangan warganegara Malaysia.

“Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah, tiga kes di Pulau Pinang termasuk dua daripada Kluster PUI Sivagangga dan satu kes daripada Kluster Kurau serta satu kes kluster Meranti yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata KKM juga ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini.

Katanya, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,784 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata kes pertama Kluster Kurau (iaitu kes ke-9050) adalah kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020.

Beliau berkata, kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat.

“Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif.

“Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring termasuk 106 disahkan negatif sembilan masih menunggu keputusan.
Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan,” katanya.

Mengenai Kluster Meranti, Dr Noor Hisham berkata kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020.

“Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020).

“Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan 45 daripada 4,636 individu yang menjalani saringan Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga disahkan positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Noor Hisham berkata daripada jumlah itu 31 kes disahkan positif COVID-19 hasil saringan dijalankan terhadap 4,078 individu di Kedah; 4,020 individu negatif; dan 27 individu masih menunggu keputusan.

Manakala, 11 daripada 390 individu menjalani saringan di Perlis dikesan positif COVID-19 dan 379 individu masih menunggu keputusan.

Dr Noor Hisham berkata, tiga daripada 168 individu disaring Pulau Pinang disahkan positif COVID-19 manakala 85 individu negatif dan
80 individu masih menunggu keputusan.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Sebagai langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar turut dijalankan di kawasan dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini. Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai,” katanya. – OLEH HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.