nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nasi Kandar Salleh tak akan lagi dibenar beroperasi

10 OGOS: Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu akan dikenakan tindakan tegas termasuk tidak akan dibenarkan membuka kembali premis tersebut, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, restoran itu sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut ditentukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) tamat pada 30 Ogos nanti.

Katanya, beliau faham ramai pihak tidak berpuas hati dengan pemilik premis terbabit namun buat masa ini pelaksanaan TEMCO perlu dipastikan berjalan lancar terlebih dahulu.

“Kita akan bincang bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menentukan tindakan termasuk membatalkan lesen perniagaan kedai.

“Perasaan marah itu tunggu dahulu, kita fokus dalam merawat pesakit dan memastikan semua penduduk selamat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bantuan (PKOB) TEMCO Kubang Pasu hari ini.

Sebelum ini, TEMCO terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah susulan kewujudan Kluster Sivagangga, berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar di Napoh itu yang didapati positif COVID-19 selepas pulang dari India.

Sementara itu, kata Muhammad Sanusi, tiada lagi pergerakan keluar masuk dibenarkan kepada penduduk di kawasan TEMCO termasuk untuk bekerja berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, sebelum ini ada penduduk bekerja di luar kawasan TEMCO dibenarkan keluar, namun ia mendedahkan orang ramai kepada penularan wabak COVID-19.

“Kita sudah berbincang bersama Kerajaan Pusat bagi melaksanakan TEMCO sepenuhnya dan pekerja boleh mendapatkan surat daripada Kementerian Sumber Manusia bagi diserahkan kepada majikan masing-masing.

“Majikan juga diharap tidak memotong atau memberhentikan kakitangan terbabit kerana tindakan ini perlu diambil bagi menyelamatkan negara dan mengawal penyakit,” katanya.

Sementara itu, seramai 3,400 ketua rumah sudah mendapat bantuan disalurkan kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada penduduk terjejas akibat TEMCO di Mukim Napoh, Mukim Ah dan Mukim Binjai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.