nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan P. Pinang dicabar pecat ADUN keluar parti

10 OGOS: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dicabar supaya membentangkan usul pemecatan empat bekas wakil rakyatnya yang parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang jika benar-benar ikhlas mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggubal undang-undang anti lompat parti.

Empat ADUN Pulau Pinang yang mengumumkan keluar PH dengan menyertai PN atau Bebas ialah Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu perlu berikutan ramai Ahli Parlimen terutamanya dari blok pembangkang yang membangkitkan supaya kerajaan segera menggubal undang-undang bagi mengawal perbuatan lompat parti yang menjadi fenomena biasa, sejak kebelakangan ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PAS Kota Bharu berkata, tindakan itu perlu kerana daripada 14 negeri di Malaysia hanya Pulau Pinang yang sudah meminda perlembagaan negeri bagi mewajibkan mana-mana ADUN melompat parti mesti mengosongkan kerusi mereka.

“Jika di sebelah blok pembangkang benar-benar mahukan kerajaan menggubal satu akta khusus berkaitan anti lompat parti, maka mencadangkan kerajaan negeri (DAP) Pulau Pinang mengambil tindakan mengosongkan empat kerusi DUN berkenaan yang ADUN sudah melompat parti.

“Kemudian biar keempat-empat ADUN berkenaan membawa kes lompat parti terbabit ke Mahkamah… biar mahkamah putuskan menentukan bahawa kes ‘DUN Kelantan melawan Nordin Salleh’, sebelum ini boleh diubah keputusannya. Barulah kita kerajaan PN menggubal undang-undang-undang anti lompat parti,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin menjelaskan, kerajaan ketika ini tidak bercadang menggubal undang-undang anti lompat parti kerana ia bertentanganPerkara 10 (1) (C) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kebebasan berpersatuan.

Mengulas lanjut, beliau, berkata setiap warganegara masih dijamin hak untuk bebas berpersatuan yang selaras dengan Perkara 10 (1) (C) Perlembagaan Persekutuan.

“Hak untuk bebas berpersatuan ini telah dibincangkan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor melawan Nordin bin Salleh & Anor (1992) 1 CLJ 343.

“Bagaimanapun, sekiranya kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk menggubal undang-undang lompat parti ini pada masa akan datang, sudah pasti kajian terperinci akan dilakukan termasuklah dengan mengadakan perbandingan amalan terbaik dengan negara-negara lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata keputusan untuk memohon suatu perintah pelepasan tanpa pembebasan ke atas lima pertuduhan terhadap Riza Shahriz bin Abdul Aziz dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.