nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sivagangga sifar, kluster Kurau pula catat 3 kes baru

10 OGOS: Tiada kes baru dilaporkan melibatkan kluster Sivagangga hari ini selepas kluster yang bermula di Napoh, Kedah itu mencatatkan 45 kes positif dengan beberapa kampung di Kedah dan Perlis kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Pentadbiran (TEMCO).

Walau bagaimanapun, satu lagi kluster yang masih aktif iaitu Kluster Kurau di Perak melaporkan tiga kes positif baru hasil aktiviti pengesanan aktif dan saringan kontak rapat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama seperti Kluster Sivagangga, kes-kes yang dilaporkan untuk kluster ini juga berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata, kluster ini melibatkan dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang dengan ketiga-tiga kes terbaru dilaporkan dalam kalangan ahli keluarga iaitu adik, anak saudara dan biras melibatkan kes pertama kluster ini.

“Kes pertama yang telah bergejala mempunyai kontak rapat dengan semua yang dikesan positif ketika kunjung mengunjung sempena Aidiladha.

“Setakat ini seramai 125 orang telah disaring dengan lima kes dikesan positif dan lapan lagi menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, siasatan KKM mendapati penularan dalam dua kluster ini kebanyakannya melibatkan ahli keluarga terdekat dengan warga emas dan kanak-kanak turut dijangkiti.

“Penjarakan fizikal sewajarnya diamalkan termasuk dalam kalangan ahli keluarga tersedekat.

“Individu tidak sihat atau bergejala tidak sepatutnya sama sekali terlibat dengan aktiviti kenduri kendara, perayaan dan seumpanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, tiga lagi kes tempatan hari ini masing-masing melibatkan satu kes di Johor, Selangor dan Melaka.

Katanya, lima kes import pula melibatkan kepulangan rakyat Malaysia dari Australia dengan tiga kes manakala Jepun dan Singapura masing-masing satu kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 166 kes dan hari ini tiada pertambahan baru kematian dilaporkan,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.