nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usahawan bumiputera terima kesan positif KBBM

13 OGOS: Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dilancarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja memberi impak besar kepada sektor peruncitan tempatan malah turut membantu usahawan bumiputera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sekali gus membuka peluang dalam menyediakan barangan halal buat rakyat.

Menurut beliau, dalam keadaan masalah ekonomi agak lemah, tumpuan diberikan antaranya terhadap pembelian makanan justeru KBBM bertujuan merangsang semula pembelian bahan-bahan makanan keluaran usahawan tempatan.

“Keutamaan adalah barang-barang halal kerana sebahagian terlibat adalah usahawan bumiputera sendiri. Diharap dengan usaha ini akan bangkit minat baharu melanggan barangan kita sendiri kerana jauh lebih baik.

“Harganya yang lebih kompetitif dan mampu dibeli oleh rakyat Malaysia. Jadi sebab itu langkah itu kita lakukan dan secara tidak langsung penjualan bahan-bahan halal pun akan dapat ditingkatkan dalam pasaran kita,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Muhyiddin menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tentang kesan KBBM terhadap kempen Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan pengguna-pengguna Islam di negara ini semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, menjawab pertanyaan Mujahid tentang langkah kerajaan meningkatkan ekonomi bumiputera khususnya yang menganggur, Muhyiddin memberitahu, kerajaan komited untuk melaksanakan agenda bumiputera sebagai agenda nasional.

Menurut beliau, golongan bumiputera akan diberi lonjakan berganda menerusi pembentukan budaya keusahawanan di pelbagai peringkat untuk menjadikan mereka sebagai bangsa usahawan.

“Mengambil kira keadaan ini, kerajaan telah mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperkasa pembangunan sosioekonomi bumiputera. Saya sendiri akan mempengerusikan majlis ini yang akan memandu dan mempercepatkan pemerkasaan ekonomi bumiputera.

“Saya juga telah memutuskan supaya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menjadi agensi penyelaras utama pembangunan sosioekonomi bumiputera. Teraju akan menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data bumiputera merentas kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Muhyiddin menambah, budaya keusahawanan ini akan terus dipupuk secara bersepadu melalui peranan pelbagai agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan TEKUN Nasional (TEKUN) serta agensi-agensi mandat bumiputera.

Beliau menambah, lonjakan berganda dalam pendidikan dan modal insan akan terus diperhebat khususnya dalam kalangan keluarga B40 dan M40 bumiputera.

Katanya, pemberian biasiswa, program pemupukan dan pembangunan, serta bimbingan kepada modal insan bumiputera akan diperluas kepada semua peringkat.

“Beberapa kaedah lain seperti, dengan izin, dasar Carve Out & Compete, petunjuk prestasi utama (KPI) atau sasaran pencapaian bumiputera bagi setiap kementerian, jabatan, agensi dan GLC serta perolehan ekuiti dan aset strategik juga akan dimantapkan.

“Kerajaan komited untuk menjayakan agenda bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan pada awal tahun hadapan. Insya-Allah, saya berkeyakinan sekiranya semua pihak menumpukan sepenuh usaha untuk menjayakan semua perancangan,” jelasnya.

Muhyiddin memberi jaminan bahawa usaha melonjakkan taraf sosioekonomi bumiputera mampu dilakukan tanpa menjejaskan peluang dan hak kaum-kaum lain untuk menikmati kemakmuran negara secara bersama. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.