nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak letak jawatan, dakwaan Tun M mengarut

14 OGOS: Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau tidak meletak jawatan sebaliknya terhenti daripada menjadi Perdana Menteri apabila partinya keluar daripada Pakatan Harapan (PH) adalah karut semata-mata.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, malah cerita Dr. Mahathir itu sangat jauh berbeza dengan di peringkat awal kejadian yang mana beliau mengakui itu satu kesilapan.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Katanya, sekarang ini Dr. Mahathir hanya cuba membawa cerita yang peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh bukan kerana kemahuan beliau sebaliknya berpunca daripada tindakan pihak lain.

“Dengan hati yang kesal, terpaksa saya nyatakan di sini bahawa naratif “saya terletak jawatan” dan naratif ‘saya terpaksa digugur’ ini, mahu memberikan gambaran kepada rakyat kononnya apa yang Dr Mahathir lakukan pada 24 Februari 2020 adalah sesuatu yang betul serta berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau.

“Adalah tidak lain tidak bukan hanyalah satu kekarutan semata-mata di samping perlakuan Dr Mahathir ini adalah sesuatu yang betul sangat jauh berbeza daripada naratif awal yang beliau bawa sebelum ini bahawa perlakuan beliau ini adalah sesuatu yang silap,” katanya dalam satu kenyataan kepada PN BBC Portal, hari ini.

Dr. Mahathir kesekian kalinya masih mendakwa beliau bukan meletak jawatan sebaliknya jawatannya terhenti apabila Bersatu umum keluar PH ketika mencelah Ahli Parlimen BN Gerik yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Dr Kamarul, walaupun perkataan “saya terletak jawatan” oleh bekas Perdana Menteri itu kedengaran pelik, namun bukanlah perkara baru kerana sebelum ini, beliau tetap menyatakan pendirian itu ketika melakukan pertemuan bersama penyokongnya di TH Hotel, Alor Setar, baru-baru ini.

Katanya, Dr Mahathir jelas tersilap dan ini terbukti apabila beliau telah meminta maaf ketika menyampaikan ucapan sebagai Perdana Menteri Interim dan ketika mengadakan pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan.

Sementara itu, Dr Kamarul menjelaskan fakta sebenar kejadian adalah perletakan jawatan telah dilakukan Mahathir terlebih dahulu sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari PH.

“Bersatu keluar daripada PH kerana perletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat pada jam 1 tengah hari 24 Februari 2020 manakala tindakan Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH pula hanya dibuat pada jam 2.04 petang 24 Februari 2020.

“Tindakan Muhyiddin juga tidak sama sekali menyebabkan Dr Mahathir kehilangan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kerana tindakan Muhyiddin ini disertai jaminan bahawa, walaupun setelah Bersatu tidak lagi berada di dalam PH, semua Ahli Parlimen daripada Bersatu akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, “katanya.

Dalam pada itu, tindakan ini juga jelas bercanggah dengan Titah Diraja Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 oleh Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah, pada Mei lalu yang bersedih dengan keputusan Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri namun baginda akur dengan keputusan tersebut.

“Takkanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong begitu jahil mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan hingga boleh meminta Dr Mahathir supaya tidak meletak jawatan.

“Jika benar apa yang didakwa oleh Dr Mahathir itu sudah berlaku, iaitu bahawa PH sudah tidak jadi kerajaan lagi pada waktu itu?

“Sudah-sudahlah mengarut, wahai Dr Mahathir,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.