nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Istiqamah pada matlamat menang PRN Sabah

19 OGOS: Adalah lebih munasabah bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengetuai jentera pilihan raya bagi negeri berkenaan.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak bersatu hati dan berada dalam satu wadah yang sama bagi mencapai matlamat parti dalam pilihan raya.

“Benar perbezaan pendapat itu harus diraikan tetapi kita harus menghormati ‘establishment’ yang sudah ditentukan.

“Maka lebih munasabah mana-mana pengerusi perhubungan negeri dan juga pengerusi BN negeri mengetuai jentera dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) apatah lagi dalam PRN,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin masalah itu dapat diselesaikan sebaik mungkin dan semua pihak di setiap peringkat kepimpinan bersama-sama merealisasikan matlamat dalam PRN Sabah kali ini.

“Apa yang berlaku di Sabah sebenarnya masih boleh dijernihkan dan pada pendapat saya jangan beri kekuatan kepada musuh politik kita dan mereka tentu mahu melihat perpecahan berlaku dalam kalangan kita.

“Saya yakin perbezaan pendapat ini akan dapat diselesaikan jika kita terus istiqamah dan bersatu hati untuk menentukan matlamat parti bagi memenangi pilihan raya ini,” katanya pada program ramah mesra di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Felda Besout 3, Slim River, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, setakat ini UMNO masih belum menentukan calon bertanding dan pembahagian kerusi dalam pilihan raya itu.

“Tetapi saya yakin apa yang sudah dibincangkan dengan kepimpinan UMNO Sabah supaya semua faktor yang mewakili sayap dan juga mewakili umur, profesional dan juga muka baru akan diberikan keutamaan.

“Ini supaya (ada) wajah perubahan dan dapat memberi harapan baru kepada semua pengundi di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau akan terus memberi fokus untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi PRN Sabah.

Beliau yang enggan mengulas mengenai kritikan sekumpulan pemimpin UMNO Sabah berhubung pelantikannya sebagai ketua pilihan raya berkenaan berkata, selaku ketua parti yang bertanggungjawab, beliau akan memastikan jentera pilihan raya parti bagi PRN Sabah, berjalan seperti biasa.

“Saya kerja untuk menggerakkan jentera parti… Itu keutamaan saya untuk PRN (Sabah),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.