nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP boleh cetus ketegangan kaum – Pemuda PBB

20 OGOS: Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap ahli Pemuda DAP yang terlibat menampal beberapa papan tanda jalan dengan tulisan Cina di Kuching sebelum ia mencetuskan suasana kurang senang di kalangan masyarakat, sekaligus menguggat keharmonian kaum di Sarawak.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak, Fazzrudin Abd Rahman berkata, DAP yang ketandusan modal selepas gagal menunaikan segala janji dalam manifesto PRU-14 apabila diberi peluang memerintah negara jelas amat terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Katanya, ini sehingga sanggup mempolitikkan isu bahasa Cina hanya untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata sedangkan budaya politik negatif sebegini sememangnya tidak diterima di Sarawak yang amat menghargai perpaduan.

“Pemuda PBB percaya semua rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, sayang akan bahasa dan budaya masing-masing, namun pada masa sama, semua kita harus menghormati perlembagaan dan bahasa kebangsaan.

“Semua kita harus bersikap realistik dalam perkara ini dan terus mempertahankan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Katanya, tindakan DAP yang sengaja mengeksploitasi bahasa Cina juga boleh mencetuskan ketegangan dan boleh dianggap bermotif menghasut, kerana sesuatu kaum akan pantas bangkit jika bahasa, budaya dan agama kaum itu digunakan sebagai ‘senjata’.

Tegas Fazzrudin, di bawah Akta Hasutan 1948, sesiapa yang dianggap cuba menghasut dengan membangkitkan isu berkenaan sehingga mencetuskan suasana tegang, konflik dan menggugat keselamatan, boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

“Pemuda PBB kesal dengan tindakan DAP yang tidak menghormati undang-undang, melakukan vandalisme secara terang-terangan terhadap papan tanda jalan di sekitar Kuching, malah mendabik dada dengan perbuatan mereka itu apabila memviralkan perbuatan itu di media sosial.

“Tindakan DAP meletakkan tulisan bahasa Mandarin atau tulisan Cina ke atas beberapa nama jalan di sekitar Kuching, tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1953/1967.

“Akta itu menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.