nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Serah pihak berkuasa siasat

22 OGOS: Semua kes berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 akan disiasat pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya didapati melanggar SOP atau melakukan kesalahan, tiada sesiapa tanpa mengira pamgkat akan terlepas daripada tindakan undang-undang. 

“Setiap orang tidak bebas dan mengatasi undang-undang. Menteri, timbalan menteri, kalau mereka melakukan kesalahan, langgar SOP pasti akan dikenakan tindakan. 

“Hukuman terserah kepada Kementerian Kesihatan sama ada nak kompaun dan sebagainya terserah kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Slim River di Felda Besout 2 hari ini. 

Beliau ditanya mengenai isu yang ditimbulkan pembangkang terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kerana didakwa tidak mematuhi kuarantin selepas pulang dari luar negara baru-baru ini. 

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau polis sekiranya ada laporan yang dibuat.

“Kita serahkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan atas tindakan yang dilakukan oleh beliau (Dr Mohd Khairuddin) sama ada ia salah atau sebaliknya.

“Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah…kalau ada kesalahan yang dilakukan akan bawa ke mahkamah, jika mahkamah jatuh hukum dia bersalah, maka bersalahlah…tak kira rakyat atau pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Kota Bharu hari ini.

Khairuddin sebelum ini meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu kegagalan mematuhi kuarantin pulang dari luar negara yang dibangkitkan pembangkang terhadapnya.

Mohd Khairuddin mengesahkan beliau sudah menjalani ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang dari lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai lalu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan sebagai anggota Kabinet, beliau akan akur dengan panduan dan peraturan serta arahan ditetapkan KKM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.