nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Minit mesyuarat didedah satu bentuk hasutan remehkan kuasa Agong

KENYATAAN MEDIA

SETIAUSAHA AGUNG UMNO

1.⁠ ⁠UMNO memandang serius dan amat kesal dengan tindakan penyebaran minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, khususnya tindakan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, yang memuat naik dokumen berkenaan melalui akaun Facebook beliau.

2.⁠ ⁠UMNO ingin menegaskan bahawa kuasa pengampunan, pengurangan dan melegakan hukuman merupakan kuasa prerogatif Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, segala urusan dan dokumen yang berkaitan dengan prosiding Lembaga Pengampunan sewajarnya diuruskan dengan penuh cermat, kerahsiaan dan penghormatan terhadap kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong.

3.⁠ ⁠Persoalan utama yang perlu dijawab ialah adakah penyahklasifikasian dan pendedahan minit mesyuarat tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

4.⁠ ⁠Walaupun terdapat proses penyahklasifikasian dokumen, UMNO berpandangan bahawa perkara yang menyentuh secara langsung prosiding Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda sewajarnya terlebih dahulu dirujuk kepada Baginda bagi mendapatkan perkenan.

5.⁠ ⁠UMNO berpandangan penularan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan oleh bekas Ahli Parlimen DAP ini adalah satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan untuk membuka perdebatan dan polemik mempersoalkan, menghina dan meremeh kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

6.⁠ ⁠Nampaknya Tony Pua berterusan memperalatkan prosiding pengampunan diraja sebagai bahan perbalahan politik dan langsung tidak menghormati kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

7.⁠ ⁠Sehubungan itu, UMNO mendesak pihak Kerajaan memberikan penjelasan segera tentang proses, asas perundangan dan pihak yang meluluskan penyahklasifikasian minit mesyuarat tersebut, termasuk sama ada perkenan Seri Paduka Baginda telah diperoleh.

8.⁠ ⁠Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur, tindakan tegas mestilah segera diambil bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU!

DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
SETIAUSAHA AGUNG UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.