nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaji tarik pelancong luar ke destinasi zon hijau

24 OGOS: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan untuk memanfaatkan tarikan pelancongan khusus di destinasi zon hijau dalam usaha menggamit pelancong antarabangsa.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian akan mengkaji pelbagai tempat yang selamat terutamanya pulau-pulau yang berpotensi mempunyai destinasi zon hijau dengan aktiviti khusus seperti golf, menyelam dan pengembaraan berasaskan ekologi.

“Sebelum ini, kami bercadang membuka negara kita kepada negara hijau (negara-negara yang telah pulih daripada COVID-19) tetapi sesetengahnya mengalami gelombang kedua COVID-19 …dengan itu kami perlu kreatif dan mencari kaedah baharu dalam menghadapinya, kini tidak lagi fokus  pada negara tetapi lebih kepada kawasan khusus dan pulau-pulau.

“Kami sedang mengkaji perkara ini, dan menerusi kerjasama dan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan, Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MOTAC telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kertas konsep dalam minggu ini atau minggu depan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya apa yang penting adalah perlu dapatkan persetujuan bersama antara negara-negara sekiranya Malaysia memutuskan untuk membenarkan pelawat berkunjung ke destinasi zon hijau.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beliau berkata laluan hijau timbal balik dan peraturan ulang alik berkala yang telah dilaksanakan dengan Singapura, misalnya boleh diperluaskan ke negara lain yang akan dikenal pasti oleh Malaysia, dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju.

Terdahulu, Nancy dalam ucapannya pada program anjuran Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) itu berkata walaupun pelancongan antarabangsa telah terjejas oleh pandemik itu, unjuran bagi acara perniagaan di Malaysia masih positif.

“Walaupun kami sedar bahawa landskap adalah kurang memberangsangkan, saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa MOTAC, bersama-sama pelbagai kementerian sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semuanya lancar dalam usaha membina semula momentum, dan bila saat itu tiba, kami akan bersedia memulihkan sektor pelancongan dengan kadar cepat,” katanya.

Beliau berkata banyak acara yang dijadual diadakan di Malaysia telah ditangguhkan dan bukannya dibatalkan, dengan sejumlah besar acara telah diperoleh dan disokong oleh MyCEB sendiri mempunyai peluang cerah, dengan hanya 24 acara dibatalkan dan 64 ditangguhkan.

Mengenai acara hari ini, beliau berkata The Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week merupakan platform yang sempurna dan tepat pada masanya kerana ia membantu pihak berkepentingan melaksanakan pelan pemulihan acara perniagaan secara komprehensif, dan pada masa yang sama, memastikan ia mampan dan berdaya tahan.

“Bertemakan “Membina Semula Keyakinan”, ia amat sesuai untuk menangani keadaan itu, dan pada masa yang sama merangsang landskap pelancongan menerusi platform lain seperti pelancongan domestik atau program insentif korporat tempatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.