nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mavcom terima 384 aduan industri penerbangan

25 OGOS: Sebanyak 384 aduan diterima oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sepanjang tempoh separuh tahun pertama 2020, mulai 1 Januari hingga 30 Jun.

Daripada jumlah itu, sebanyak 381 aduan adalah terhadap industri syarikat penerbangan manakala tiga aduan lagi terhadap lapangan terbang.

Mavcom dalam Laporan Pengguna yang dikeluarkan semalam berkata, secara keseluruhan, bilangan aduan turun sebanyak 52.6 peratus pada separuh pertama 2020 berbanding 810 aduan pada separuh pertama 2019.

“Sebanyak 90.9 peratus daripada 384 aduan berjaya diselesaikan,” kata suruhanjaya itu.

Mavcom turut menerima 2,340 pertanyaan berkaitan COVID-19 daripada pengguna, yang mana 2,146 adalah pertanyaan bagi bayaran balik dan 194 bagi penukaran tarikh penerbangan.

Sementara itu, sebanyak 490 aduan diterima tanpa dokumen yang lengkap dan justeru itu ia tidak dapat dinilai dengan sewajarnya.

Menurut Mavcom, laporan itu juga menyatakan 57.8 peratus daripada aduan yang diterima dari 1 Januari hingga 30 Jun, 2020 membawa kepada syarikat penerbangan mengemukakan penyelesaian yang lebih adil atau memuaskan kepada pengguna berbanding apa yang disediakan sebelum ini.

Malaysia Airlines merekodkan bilangan aduan paling tinggi bagi setiap juta penumpang semasa separuh pertama 2020.

“Syarikat penerbangan itu menerima 44 aduan bagi setiap juta penumpang yang dibawanya diikuti Malindo Air (32) dan AirAsia X (24),” kata suruhanjaya itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.